Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Islam Menurut Pandangan Tokoh Ilmuwan Islam: Imam al-Qabisi

Muhammad Zulazizi Mohd Nawi, Muhammad Amirul Mohd Nor
2020 Jurnal Sains Insani  
Islam itu berkembang, terutama dalam bidang pendidikan, kerana ia adalah tonggak dan asas kepada sesebuah tamadun berkembang. Kewujudan tokoh Islam dalam setiap bidang ilmu itu juga merupakan penanda aras bagi perkembangan ilmu yang merangkumi pelbagai aspek yang menjadikan sesebuah tamadun. Kajian ini membincangkan tentang konsep pendidikan al-Qabisi, ada beberapa pemikiran atau pandangan, iaitu tentang pendidikan anak, tujuan pendidikan, kurikulum, metode dan teknik pengajaran serta
more » ... ran serta membahaskan tentang falsafah yang dibawa oleh al-Qabisi. Kajian ini merupakan kajian perpustakaan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan metode dokumentasi, iaitu melalui penulisan ilmiah seperti buku, ensikplopedia yang mana dipanggil sebagai analisis dokumen yang dapat membantu menyiakan kajian ini. Hasil kajian ini, mendapati terdapat dua bahagian kurikulum yang dibawa oleh al-Qabisi iaitu kurikulum ijbari dan kurikulum ikhtiyari. Pendidikan agama dan akhlak mulia ini sangat penting untuk menjamin perpaduan dalam masyarakat dan bangsa
doi:10.33102/sainsinsani.vol5no1.132 fatcat:ekjx2dxysjfznadld5geqzjr4i