Keberkesanan pendekatan model bar dalam penyelesaian masalah berayat Matematik Operasi Tolak Tahun Empat
The effectiveness of Bar Model in solving standard four Descriptive Mathematical problem

Ji Lin Yap, Siti Rahaimah Ali
2018 Jurnal pendidikan sains dan matematika Malaysia  
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pelaksanaan pendekatan kaedah model bar dalam penyelesaian masalah berayat operasi tolak dalam kalangan murid Tahun Empat di daerah Seremban, Negeri Sembilan dalam menyelesaikan masalah operasi tolak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan kaedah model bar dalam meningkatkan pencapaian murid dalam penyelesaian masalah berayat Matematik operasi tolak dan sejauh mana kaedah bar model menaik minat murid dalam menjawab
more » ... dalam menjawab soalan penyelesaian masalah berayat Matematik operasi tolak. Metodologi kajian ini menggunakan kajian tindakan yang mengaplikasikan model Kemmis & Mctaggart (1988). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian Pra, Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 digunakan untuk membandingkan pencapaian murid sebelum dan selepas diajar pendekatan model bar. Borang soal selidik juga digunakan untuk mengetahui perasaan dan tahap minat murid terhadap penggunaan kaedah model bar. Dapatan kajian menunjukkan 100% berjaya mencapai tahap minimum dalam Ujian Pasca 2. Tahap minat murid terhadap kaedah model bar meningkat lebih daripada 50% dari segi kefahaman dan pengaplikasian kaedah model bar.
doi:10.37134/jpsmm.vol8.2.4.2018 fatcat:s3gv5y2wunau7g5jkaubirhucy