Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Mod Pengangkutan dalam kalangan Warga Asing di Kota Kinabalu, Sabah

Roshimah Zakaria, Harifah Mohd Noor
2020 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities  
Perkembangan pengangkutan di Malaysia khususnya Kota Kinabalu semakin berkembang dari semasa ke semasa. Namun pertambahan bilangan warga asing turut mempengaruhi infrastruktur pengangkutan. Perkara ini menunjukkan bahawa warga asing telah menyumbang kepada peningkatan perjalanan menggunakan pelbagai mod pengangkutan dan pertumbuhan penggunaan pengangkutan awam. Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan mod pengangkutan warga asing yang melibatkan pengedaran
more » ... atkan pengedaran borang soal selidik kepada 150 responden menerusi kaedah persampelan bertujuan dan snowball. Data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang menghasilkan taburan frekuensi dan peratusan serta ujian Khi-Square menggunakan alat analisis Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) yang melibatkan enam faktor sosioekonomi iaitu umur, jantina, status pekerjaan, pendapatan, taraf perkahwinan dan pemilikan kenderaan. Hasil kajian menunjukkan terdapat empat pembolehubah yang signifikan terhadap penggunaan mod pengangkutan iaitu jantina, status pekerjaan, pendapatan dan pemilikan kenderaan. Mod pengangkutan utama respoden adalah berjalan kaki dan penggunaan pengangkutan awam. Responden yang mempunyai pendapatan yang stabil dan pekerjaan yang tetap serta berkeluarga pula cenderung untuk menggunakan kenderaan persendirian. Pembolehubah faktor sosioekonomi ini boleh dijadikan panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan seperti agensi pengangkutan dalam merancang strategi sasaran penggunaan pengangkutan awam yang lebih menyeluruh pada masa akan datang khususnya di Kota Kinabalu.
doi:10.47405/mjssh.v5i9.495 fatcat:idi7z6kfbze57ex2r3acbf7rly