Huraian Kata Adverba Bahasa Melayu Berdasarkan Data Korpus Berkomputer

Rohaizah Ab, Karim
unpublished
Abstrak Kata adverba merupakan golongan kata yang baharu dibincangkan dalam Tatabahasa Dewan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan pola kehadiran kata adverba, selain mencari kata adverba lain yang tidak tersenarai dalam 31 jenis kata adverba jati yang terkandung dalam Tatabahasa Dewan. Dengan menggunakan data korpus berkomputer yang terdiri daripada akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia, kajian ini akan menghuraikan kehadiran kata adverba. Hasil analisis mendapati bahawa
more » ... ata adverba boleh menjadi penerang kepada kata nama/frasa nama, kata kerja/frasa kerja, kata adjektif/ frasa adjektif, dan frasa sendi nama sama ada penerang hadapan atau penerang belakang. Kajian ini juga menemui beberapa kata adverba jati yang tidak disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan yang menunjukkan kesuburan kata adverba itu dalam bahasa Melayu.
fatcat:uzmjlc3cnncmpn6atbax7ltkdq