KAEDAH SAND ABOUT YOU (SAY) MENGURANGKAN TINGKAH LAKUMENJAWAB SOALAN DENGAN JAWAPAN PENDEKDALAM KALANGAN MURID PASIF

Chai Hooi Inn, Rosli Ahmad
2017 Proceedings of the ICECRS  
Kajian ini membincangkan penggunaan kaedah 'Sand About You' (SAY) untuk membantu mengurangkan tingkah laku murid pasif yang menjawab soalan dengan jawapan pendek. Kajian dilaksanakan khusus kepada seorang murid tahun 4 yang berusia 10 tahun dari sebuah sekolah rendah di Alor Setar, Kedah yang menjawab soalan dengan jawapan pendek di dalam sesi kaunseling individu. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen digunakan untuk proses pengumpulan data sepanjang kajian dilaksanakan. Data yang
more » ... sanakan. Data yang diperolehi dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf untuk tujuan menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan tingkah laku murid yang menjawab soalan dengan jawapan pendek dapat dikurangkan dan ditukarkan kepada tingkah laku menjawab soalan dengan jawapan yang lebih panjang. Namun fenomena ini masih belum mencukupi untuk membantu bilangan murid pasif yang ramai. Hal ini adalah kerana kajian hanya dilaksanakan terhadap seorang murid sahaja. Cadangan kajian susulan dikemukakan untuk penambahbaikan iaitu memperluaskan penggunaan kaedah 'SAY' dalam kalangan murid pasif untuk memberi kesan yang lebih baik.
doi:10.21070/picecrs.v1i1.630 fatcat:m2v2cgs2ubhglercry4pyb77ea