Media dan Literasi Kesihatan: Pemilihan Susu Tumbesaran Kanak-Kanak dalam Kalangan Ibu (Health and Media Literacy: The Choice of Milk Amongst Mothers for The Growth of Children)

Emma Mohamad, Nur Afiqah Mohd Haniff, Sabariah Mohamed Salleh, Abdul Latiff Ahmad, Hasrul Hashim
2015 Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication  
Abstrak Pemilihan susu tumbesaran oleh ibu bapa adalah penting bagi menjamin kesihatan yang baik dan membantu dalam proses tumbesaran anak-anak. Walaubagaimanapun, terdapat lambakan maklumat mengenai susu tumbesaran di media dan kebanyakan maklumat ini berkemungkinan tidak tepat, terutamanya jika ia datangnya dari sumber yang menjana keuntungan. Kajian ini memfokuskan kepada literasi kesihatan dalam kalangan ibu tentang khasiat susu tumbesaran anak-anak mereka. Ini melibatkan akses, pemahaman,
more » ... enilaian dan aplikasi maklumat berkaitan kesihatan terhadap aspek tumbesaran anak yang mempengaruhi pemilihan susu tumbesaran anak mereka. Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan temubual fokus ke atas 25 orang ibu sebagai responden. Kajian ini juga melihat bagaimana media memainkan peranan dalam pembentukan literasi kesihatan golongan ibu terutamanya dalam aspek susu tumbesaran kanak-kanak. Model Literasi Kesihatan Sorensen digunakan dalam kajian ini bagi memandu pengkaji dalam mendalami aspek literasi kesihatan. Media pula dimasukkan dalam kajian untuk melihat bagaimana ia boleh memainkan peranan dalam pembentukkan literasi kesihatan ibu. Hasil kajian mendapati media berupaya menyumbang kepada pemahaman golongan ibu terutama melalui maklumat yang dipaparkan. Namun begitu, kebolehan responden untuk mengakses, memahami dan menilai maklumat kesihatan dalam media dengan baik tidak menjamin guna kait maklumat tersebut dalam tingkah laku kesihatan. Abstract Selection of growing up milk is vital to ensure good health for children and help fulfill children growing up needs. However, there are abundance of information made available on the media, many of which may be inaccurate, especially those based on money making profit. This study focuses on mothers' health literacy on children growing up milk. Specifically we conducted focus group interviews with 25 mothers. This study aims to examine media's role in health literacy and mothers' ability to access, understand, appraise and apply information on children growing up milk. The study utilizes Sorensen Health Literacy Model to operationally define and delve into health literacy. Media is weaved into the study to explore its role in mothers' health literacy on growing up milk. The study found that the media could contribute towards mothers' health literacy, particularly through the information portrayed. However, the access, level of understanding and judgement of these information do not guarantee their health behaviours. PENGENALAN Komunikasi merupakan satu bentuk penyampaian mesej atau maklumat yang sentiasa berkembang sehingga mewujudkan suatu disiplin yang dapat dikaji dalam pelbagai bidang. Salah satu cabang rentas disiplin yang meningkat kepentingannya adalah gabungan ilmu komunikasi dan perubatan atau dikenali sebagai bidang komunikasi kesihatan. Menurut Zoller dan Dutta (2008) , komunikasi kesihatan adalah susunan atau aturan proses komunikasi dan mesej yang dibentuk di sekeliling isu kesihatan. Zoller dan Dutta turut menyatakan, pengetahuan mengenai bidang komunikasi kesihatan ini juga dapat dikategorikan kepada dua iaitu perspektif berlandaskan
doi:10.17576/jkmjc-2015-3102-06 fatcat:m4ea6tdj7raplhdwcbbihzkti4