ANALISIS KEBERKESANAN PENGGUNAAN ICT DALAM MENDEPANI GELOMBANG REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM KALANGAN PELAJAR DI NEGERI TERENGGANU, MALAYSIA
Noradilah binti Abdul Wahab, Najmi Muhammad, Mohd. Sani Ismail
2020
Asian People Journal (APJ)
Abstract: The emergence of the industrial revolution 4.0 has led to the development of information, communication and technology (ICT) which predicts that 50 billion electronic devices interact with each other. Therefore, this study aims to look at the effectiveness of ICT use among students in the state of Terengganu in conjunction with the advent of the industrial revolution 4.0. This article is a quantitative study using the survey method. The questionnaire is used to collect the required
more »
... a and information. A total of 102 regular daily SMK students in Terengganu was involved in this study. Data were analyzed using SPSS version 21 using descriptive and inferential analysis methods. The findings of this study indicate that there is no significant difference in the level of understanding of IR 4.0 based on gender and school location factors. The study also found that there was no significant difference in the use of ICT as a medium of learning based on school location. However, there is a significant correlation between the understanding of IR 4.0 on the use of ICT in learning. Therefore, it can be concluded that students in Terengganu state ICT as a means of gaining and sharing knowledge as well as the medium of learning today. The results of this study are expected to provide important information to the Ministry of Education Malaysia (KPM) in enhancing the integration of Information Communication and Technology (ICT) in the teaching and learning process (PdPc) in schools. Keywords: Industrial Revolution 4.0, Learning, Information Communication and Technology (ICT), Student Abstrak: Kemunculan revolusi perindustrian 4.0 telah membawa perkembangan dalam Information Communication and Technology (ICT) yang meramalkan sebanyak 50 bilion peranti elektronik saling berinteraksi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar di negeri Terengganu seiring dengan kemunculan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Artikel ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik digunakan bagi mengumpul data dan maklumat yang diperlukan. Seramai 102 orang pelajar SMK harian biasa di Terengganu terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21 dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kefahaman IR 4.0 berdasarkan faktor jantina dan lokasi sekolah. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan ICT sebagai medium pembelajaran berdasarkan lokasi sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat perkaitan yang signifikan antara kefahaman tentang IR 4.0 terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran. Justeru, dapat disimpulkan bahawa pelajar di negeri Terengganu menjadikan ICT sebagai wadah menimba dan berkongsi ilmu pengetahuan serta menjadi medium pembelajaran masa kini. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan pengintegrasian Information Communication and Technology (ICT) dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah-sekolah. Kata kunci: Revolusi Industri 4.0, Pembelajaran, Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), Pelajar
doi:10.37231/apj.2020.3.1.149
fatcat:tioi5ozbr5fyxm6ikiao7veyma