Hubungan Pendidikan Keusahawanan Dengan Operasi Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Golongan Belia di Ranau

2022 Jurnal Dunia Perniagaan  
Pendidikan keusahawanan memberi peluang kepada belia untuk mengetahui bakat terpendam yang bakal menyerlahkan keupayaan dan kemahiran yang tidak disedari. Namun, sejauh manakah tahap pendidikan keusahawanan pengusaha PKS dalam kalangan belia di negara ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pendidikan keusahawanan, tahap operasi perniagaan serta hubungan dengan tahap operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau. Data diperoleh melalui soal selidik yang
more » ... rkan kepada belia di daerah Ranau yang menjalankan kegiatan PKS. Seramai 169 orang usahawan telah menjawab soal selidik tersebut. Responden ini terdiri daripada belia yang berumur di antara 15 tahun sehingga 40 tahun. Terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu pendidikan keusahawanan, operasi perniagaan dan prestasi perniagaan. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan data deskriptif dan inferensi. Berdasarkan analisis data yang diperoleh menunjukkan tahap pendidikan keusahawanan dan operasi perniagaan adalah sederhana. Manakala terdapat dua konstruk tahap pendidikan keusahawanan yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada semua pihak tentang kepentingan pendidikan keusahawanan dalam kalangan belia sama ada pengetahuan tersebut diperoleh secara formal atau tidak formal. Pelaksanaan program atau aktiviti keusahawanan dari peringkat sekolah sehingga peringkat pengajian tinggi juga amat perlu sebagai pendedahan kepada belia tentang kerjaya keusahawanan pada masa kini.
doi:10.55057/jdpn.2022.3.4.3 fatcat:6uxbaa5uijbxjmvlvhzwterohy