Kadir Jaafar Kata kunci

Sorotan Pelaksanaan, Pelan Pengurusan, Bersepadu Persisiran, Pantai Di Malaysia, Program Geografi, Sains Sosial, Pengurusan Bersepadu, Persisiran Pantai
2014 unpublished
Abstrak Dalam proses menuju industrialisasi, persisiran pantai merupakan sasaran utama bagi pusat kegiatan pengembangan aktiviti-aktiviti kepelbagaian industri tersebut. Tidak adanya integrasi dan koordinasi perancangan di setiap sektoral mengakibatkan tidak tercapainya tujuan pembangunan secara optimis dan terganggunya fungsi utama di sistem persisiran pantai tersebut. Pengurusan Bersepadu Persisiran Pantai (ICZM) ditawarkan oleh Bab 17 dalam Agenda 21 sebagai jawapan dan penyelesaian kepada
more » ... nyelesaian kepada masalah persisiran yang semakin terancam. Konsep ini juga menekankan tentang peri penting kesinambungan pembangunan yang disesuaikan dengan sumber alam yang amat terbatas. ICZM sememangnya diperakui di peringkat antarabangsa sebagai model pengurusan yang paling berkesan dan praktikal. Pelaksanaan ICZM di Malaysia masih baru bermula, program ini dilaksanakan dalam rancangan Malaysia ke-7 dengan Pelan Pengurusan Persisiran Pantai Bersepadu telah disediakan bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang untuk menyelesaikan perbezaan penggunaan dan memastikan pengekalan sumber pantai. Satu kajian perintis untuk membangunkan pelan pengurusan pantai bersepadu bagi utara Pahang juga telah dilaksanakan. Kajian perintis itu bertujuan mengurus persisiran pantai secara mapan, hanya dapat mencapai tujuannya secara optimum apabila pihak perancang sebelum membuat sesuatu program harus memikirkan terlebih dahulu bentuk-bentuk pengisian atau input yang perlu disediakan bagi memastikan pendekatan dalam sesuatu pengurusan yang dilaksanakan memenuhi keperluan pembangunan berterusan. Hasil kajian literatur menunjukkan bahawa ada banyak faktor yang boleh mempengaruhi pelaksanaan ICZM di Malaysia secara praktikal. Abstract In process towards industrialization, beach shores were the main target to central expansion activities industry's diversity activities. No integration and coordination planning in every sectoral cause unrealized purposes of development by optimistic and disturbed main function.
fatcat:j2ljfef4uvd5zofx352qnf452y