Keberkesanan Permainan 'Lit-Fun' Dalam Meningkatkan Kemahiran Mengeja Dalam Bahasa Inggeris Murid Asli Tahun Dua

2022 Jurnal Dunia Pendidikan  
Kemahiran ejaan merupakan prasyarat penting penguasaan bahasa Inggeris. Strategi pengajaran bahasa konvensional perlu direvolusikan untuk abad ke-21 dengan memanfaatkan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) bagi membolehkan pelajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL) menguasai ejaan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dalam talian menjadi strategi penting untuk menyampaikan dan menerima pengetahuan. Kajian kes ini memfokuskan pada pengajaran penguasaan ejaan melalui
more » ... naan permainan 'Lit-Fun'. Kajian ini menggunakan reka bentuk quasi-eksperimen melibatkan 20 puluh orang murid Asli Tahun 2 ESL berkemahiran campuran dari sebuah sekolah rendah kebangsaan di pendalaman Gua Musang, Kelantan. Murid ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Instrumen kajian yang digunakan adalah analisis dokumen, ujian pra dan pasca serta pemerhatian. Untuk mengekalkan integriti data, pengkaji mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan instrumen tersebut boleh dipercayai dan sah. Ini termasuk menilai kandungan dan kesahan muka instrumen kajian, pengesahan pakar untuk soalan temu bual dan penglibatan yang mencukupi dalam pengumpulan data. Penemuan utama mengenai penggunaan permainan 'Lit-Fun' mendedahkan peningkatan kemahiran mengeja dalam Bahasa Inggeris dan memberikan impak yang positif terhadap sikap dan motivasi murid sepanjang intervensi dijalankan.
doi:10.55057/jdpd.2022.3.4.35 fatcat:pcoa2qqevbbchatrug2cjap5iq