KECENDERUNGAN BERTINDAK CURANG PADA ISTERI YANG SUAMINYA BEKERJA DI LUAR BANDAR DITINJAU DARIPADA FAKTOR KESEPIAN DAN KEPERLUAN AFILIASI (The tendency of cheating on the wife whose husband worked outside the city views from factor lonely and needs for affiliation)

Yohan Kurniawan, Henny Yulianti, Jaka Santosa, Sugadijono
unpublished
ABSTRAK Perbuatan curang atau di Indonesia dikenali dengan "selingkuh", baik dengan mahupun tanpa hubungan seks banyak terjadi dalam masyarakat semasa ini. Perbuatan curang dalam sebuah perkahwinan dapat dilakukan oleh lelaki mahupun wanita. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor kesepian dan keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain mempengaruhi terjadinya perilaku curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar. Kajian yang dijalankan ini adalah sebuah
more » ... ini adalah sebuah kajian soal selidik menggunakan borang selidik pada tahun 2009 di bandar Surabaya. Jumlah subjek yang terlibat dalam kajian ini seramai 35 responden. Teknik analisis data yang digunakan adalah distribusi frekuensi dan analisis regresi linear. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesan daripada faktor perasaan sunyi dengan kecenderungan berlaku curang pada Isteri yang suaminya bekerja di luar bandar. Hubungan yang terjadi antara faktor perasaan sunyi dengan kecenderungan berbuat curang tersebut bersifat positif, hal ini bermakna bahawa semakin kuat perasaan sunyi yang dirasakan seseorang, akan semakin kuat pula kecenderungan berbuat curang. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh yang positif antara perasaan kesepian dan keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain dengan kecenderungan berbuat curang (R=0,722). Walaupun kedua faktor memberi sumbangan yang signifikan kepada wujudnya perilaku curang pada isteri yang suaminya bekerja di luar bandar, akan tetapi faktor perasaan sunyi memberi kesan yang lebih kuat dibandingkan dengan faktor keperluan menjalin hubungan rapat dengan orang lain. Kata kunci: Perasaan sunyi, keperluan menjalin hubungan yang rapat dengan orang lain, perbuatan curang, suami bekerja di luar bandar ABSTRACT Act dishonestly or in Indonesia called the "cheating", either with or without sexual contact occurred in many communities during this. The act of cheating in a marriage can be done by both men and women. This study aimed to identify what factors influence the loneliness and affiliation needs of fraudulent behavior on the wife of her husband worked in the rural areas. The study was conducted using a survey questionnaire form. Number of subjects involved in this study a total of 35 respondents. Data analysis techniques were used frequency distribution and linear regression analysis. The results of this study indicate that there is a feeling the effects of the factors that tend to silence the unfaithful wife whose husband works in the rural areas. The relationship between factors feeling lonely with the tendency to cheat is positive, this means that the stronger the feeling of silence that felt someone, the more powerful is the tendency to do dishonest behavior. The study also shows that there is a positive influence between the loneliness feeling and the need of affiliation with the tendency to cheat, the more it needs lead to increasingly stronger affiliation tendency to cheat (R =0,722). Although both factors contributed significantly to the existence of fraudulent behavior on the wife of Volume 5, Number 1, 94-102, 2010.
fatcat:cfxuwttqivadfluii2sihrzwha