PERTANIAN (CHINESE COMMUNITY OF SOCIAL NETWORKING IN THE MARKETING OF AGRICULTURAL PRODUCTS)

Novel Lyndon, Lim Jie, Wei, Mohd Helmi, Abdul Rahim
2014 unpublished
Abstrak Jaringan sosial merupakan aspek yang sangat penting bagi para petani dalam mencari pelanggan, mencari harga tawaran yang baik, mencari pasaran yang luas dan menguasai pasaran tempatan hasil pertanian mereka. Dalam masa yang sama ia sebagai langkah atau usaha untuk terus kekal bersaing dengan pengeluar lain dalam aktiviti pertanian. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti jenis jaringan sosial yang digunakan oleh para petani Cina dalam memasarkan hasil pertanian dan
more » ... asil pertanian dan mencari harga yang terbaik untuk hasil pertanian mereka. Ontologi idealis dan epistemologi interpretisme telah digunakan dalam kajian ini. Data dalam kajian ini dikumpul menggunakan kaedah temubual mendalam dan pemerhatian tidak ikut serta.Teknik persampelan bertujuan dan snowball telah digunakan dalam memilih informan dalam kajian ini. Jumlah informan dalam kajian ini ditentukan berdasarkan ketepuan data.Kesahihan dan kebolehpercayaan data kajian ini ditentukan menggunakan pendekatan member checked. Hasil kajian mendapati jenis jaringan sosial yang digunakan oleh petani Cina dalam memasarkan hasil pertanian boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu rakan-rakan, keluarga, persekitaran sosial, dialek, nilai murni, pengalaman, bantuan kerajaan dan pemborong. Kelapan-lapan jenis jaringan sosial ini telah membantu para petani Cina untuk terus kekal bersaing dengan pengeluar utama sayur-sayuran dan buah-buahan yang lain walaupun wujudnya kekurangan bantuan daripada agensi kerajaan dari segi pemasaran produk dan modal berbanding dengan rakan Bumiputera mereka yang lain. Abstract Social network is a very important aspect for the farmers in order to find out the customers, finding a good offer price, find a wide market and dominate the local market their produce. At the same time it's a step or effort to remain competitive with other manufacturers in agricultural activities. Therefore, the main objective of this study was to examine the types of social networks used by Chinese farmers in the marketing of agricultural products and find the best prices for their agricultural produce. Idealist ontology and epistemology interpretism were used in this study. Data was collected using in-depth interviews and non-participation observation. Purposive and snowball sampling technique was used in selecting the informants in this study. The total of informant in this study is determined based on the saturation data. The validity and reliability of data were determined using the approach of member checked. The study found that the type of social network that used by the Chinese farmers in marketing of their agricultural products can be divided into eight types, namely friends, family, social environment, dialects, values, experience, state aid and wholesalers. The eight types of social networks have helped Chinese farmers to remain competitive with the leading producers of vegetables and other fruits though there is a lack of support from government agencies in terms of marketing products and capital compared to their other Bumiputera counterparts.
fatcat:in2av2zkcfdktbg7jwd7snbofm