KESAN 'MOZART' DAN TEKNIK PCRPP DALAM PEMBELAJARAN PENULISAN KARANGAN NARATIF 'Mozart' Effect and Pcrpp Technique in The Learning of Narrative Essay Writing

Abdul Kassim, Sekolah Menengah, Changkat Singapura
2017 PENDETA Journal of Malay Language   unpublished
ABSTRAK Pelajar sering menghadapi kesukaran semasa hendak memulakan penulisan karangan naratif. Hal ini berlaku kerana mereka kurang arif tentang teknik penulisan. Tambahan pula, tahap minat yang rendah terhadap penulisan juga menghambat pelajar untuk mengikuti pelajaran dengan berkesan. Justeru, kajian ini menggunakan Kesan 'Mozart' untuk menzahirkan motivasi dalam kalangan pelajar semasa mengikuti pembelajaran penulisan karangan naratif. Pelajar dilibatkan dalam aktiviti menyanyi sambil
more » ... nyanyi sambil memahami teknik PCRPP. Secara tidak langsung aktiviti nyanyian juga membantu pelajar untuk memanfaatkan lirik-lirik lagu bagi menghasilkan penulisan naratif yang bersifat kreatif. Teknik PCRPP membantu pelajar menjana idea dan mengaitkan lirik lagu dengan jalan cerita yang bakal ditulis. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kesan 'Mozart' dan teknik PCRPP membantu pelajar menghasilkan bahagian pendahuluan, isi dan penutup karangan naratif yang kreatif. ABSTRACT "Teacher how do I start writing?" question that was asked regularly by students prior to writing a narrative composition because they do not acquire the writing technique required. In addition, low interest towards writing hinders students to follow writing lessons in class. With that, this research is making use of the 'Mozart' effect to instill motivation in students towards the learning of writing narrative composition. It is done by allowing students to sing in class while learning and understand the writing technique PCRPP. Singing activity aids students to fully utilise song lyrics to write narrative composition creatively. The PCRPP technique also helped students to craft out ideas and linking song lyrics with the story line of their narrative writing. Results from this research shows that the Mozart effect and PCRPP technique do aid students to produce introduction, development and conclusion of narrative composition creatively. PENGENALAN Kajian ini dijalankan melalui pengajaran penulisan karangan naratif kepada pelajar Menengah 3 aliran Ekspres. Kelas tersebut mempunyai 31 orang pelajar yang mana 90% lebih cenderung kepada menjawab soalan karangan berbentuk naratif semasa peperiksaan. Tambahan lagi, 95% pelajar menyifatkan pembelajaran penulisan karangan naratif amat membosankan. Kenyataan ini menjadi punca utama yang mengakibatkan pelajar gagal memberi perhatian untuk mengikuti pengajaran penulisan karangan naratif. Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengajaran penulisan karangan naratif yang mengaplikasikan teknik Kesan 'Mozart'. Dengan menggunakan teknik tersebut, 80% daripada pelajar tersebut mengakui mereka lebih berminat untuk mengikuti pengajaran penulisan karangan naratif dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Ini dilakukan, dengan menggunakan wadah seperti muzik dan lagu Melayu semasa pengajaran. Muzik dan lagu dipilih digunakan dalam
fatcat:bfry45uw3ndyjorfgkol33dxqi