Ciri Kerja dan Prestasi Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia

Noor Azmi Mohamad, Wan Faridah Akmal Wan Ismail, Siti Zaleha Omain
2001 Jurnal Teknologi  
Abstrak. Kajian ini mengkaji ciri kerja dan prestasi profesional Teknologi Maklumat di Unit/ Bahagian Perkhidmatan Maklumat sektor awam Malaysia. Ciri kerja dianalisis melalui Model Ciri Kerja oleh Hackman dan Oldham. Prestasi kerja pula dianalisis berpandukan Borang Pengenalpastian Perlakuan yang dipermudahkan, asalnya dibina oleh Botterbusch pada tahun 1985. Hubungan ciri kerja dengan prestasi diselidiki menggunakan ujian Mann-Whitney U. Ciri kerja menunjukkan tahap tinggi dalam kepentingan
more » ... dalam kepentingan tugas dan keperluan bekerjasama dalam menjalankan tugas tetapi dengan tahap rendah dalam autoriti tugas. Prestasi kerja yang tinggi ialah dalam produktiviti dan perlakuan sosial dan yang rendah pula dalam tabiat/sikap kerja. Kajian ini mendapati terdapat hubungan bererti antara ciri kerja dan prestasi di kalangan profesional Teknologi Maklumat sektor awam Malaysia. Kata kunci: Ciri kerja, prestasi kerja, teknologi maklumat, sektor awam Abstract. This study analyzed job characteristics and performance of Information Technology professionals at the Information Technology centers of the public sector of Malaysia. Job characteristics were analyzed based on the Job Characteristics Model by Hackman and Oldham. Performance on the other hand was analyzed using a simplified Behavior Identification Form, originally developed by Butterbusch in 1985. The relationship between job characteristic and performance was determined using the Mann-Whitney U test. Job characteristics showed a high score on job significance and dealing with others but low on task authority. Job performance showed high productivity and high social behavior but low on work habit and attitudes. This research found that there is a significant relationship between job characteristics and performance of Information Technology professionals of the Malaysian public sector departments.
doi:10.11113/jt.v35.621 fatcat:n5tvs45ugba5xdsvp7hksmwqca