Tahap Amalan Kepimpinan Instruksional Penyelia Prasekolah Dan Hubunganya Dengan Komitmen Pendidik Masyarakat TABIKA Dan TASKA KEMAS Parlimen Jempol, Negeri Sembilan

2022 Jurnal Dunia Pendidikan  
Amalan Kepimpinan Instruksional Penyelia Prasekolah yang baik akan meningkatkan komitmen organisasi Pendidik Masyarakat. Maka, kajian rintis ini akan dilaksanakan dalam kalangan Pendidik Masyarakat seramai 30 orang di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan. Kajian ini menerangkan hubungan antara tahap amalan Kepimpinan Instruksional Penyelia Prasekolah mengikut persepsi Pendidik Masyarakat Tabika dan Taska dan komitmen Pendidik Masyarakat itu sendiri. Selain itu, dalam kajian ini pandangan pendidik
more » ... rhadap tahap amalan Kepimpinan Instruksional dan tahap komitmen telah dianalisis dari segi faktor demografi iaitu umur, tempoh perkhidmatan dan taraf pendidikan. Kajian rintis ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan (Google Form). Data kajian ini dianalisis menggunakan frekuensi peratus, min, sisihan piawai dan korelasi pearson. Hasil kajian rintis mendapati instrument yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (0.90). Selain itu, ujian korelasi menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional penyelia prasekolah dan tahap komitmen pendidik masyarakat mempunyai hubungan yang signifikan (P=0.000), dimana P < 0.05.
doi:10.55057/jdpd.2022.4.2.19 fatcat:ivhrtq2qsrf3tpheyu2fi5la2i