Penilaian Tahap Kerintangan Baka Padi Berpotensi Terhadap Populasi Benah Perang dari Lokaliti Berbeza di Semenanjung Malaysia

Maisarah Mohamad Saad, Habibuddin Hashim, Elixon Sunian, Amirrudin Mokhtar, Mohamad Najib Mohd Yusof, Asfaliza Ramli
2014 Jurnal Teknologi  
The study was conducted at screening house to determine the resistance levels of several potential varieties against colonies of brown planthopper, Nilaparvata lugens collected from nine different localities in Peninsular Malaysia. Assessment using SSST method found two varieties, MR286 and MRQ89 have shown high level of resistance to all of the colonies tested, followed by MR284, which was moderate resistant to most of the colonies except colony originate from Seberang Perak of which is
more » ... ely susceptible. Rice varieties MR283 and MR278 were moderately resistant to most colonies but susceptible after been tested to colony derived from Kodiang, Kedah. Resistance levels of control varieties MR253, MR263 and MR269 varied between moderate resistant to susceptible depended on colonies used in the testing. Field study found that moderate resistant varieties do not show immunity. Brown planthoppers can still be found in varieties and they play a role in keeping predator populations in the field. Abstrak Kajian telah dijalankan di rumah kaji serangga bagi menentukan tahap kerintangan beberapa varieti padi berpotensi MARDI terhadap koloni-koloni benah perang, Nilaparvata lugens dari sembilan lokaliti di Semenanjung Malaysia. Penilaian menggunakan kaedah Ujian Saringan Kotak Benih (SSST) ini mendapati dua varieti, MR286 dan MRQ89 telah menunjukkan tahap kerintangan yang tinggi terhadap kesemua koloni yang diuji, dan ini diikuti oleh MR284 yang sederhana rintang kepada kebanyakan koloni kecuali sederhana rentan terhadap koloni berasal dari Seberang Perak. Varieti MR283 dan MR278 adalah sederhana rintang kepada kebanyakan koloni tapi rentan terhadap koloni berasal dari Kodiang, Kedah. Tahap kerintangan varieti kawalan iaitu MR253, MR263 dan MR269 berubah-ubah di antara sederhana rintang kepada rentan bergantung kepada koloni yang diuji. Kajian di lapangan mendapati varieti yang sederhana rintang tidak menunjukkan keimunan. Masih boleh didapati benah perang pada varieti-varieti tersebut dan berperanan dalam mengekalkan populasi pemangsa di lapangan. Kata kunci: Populasi benah perang; Ujian Saringan Kotak Benih; penilaian kerintangan; varieti padi berpotensi
doi:10.11113/jt.v70.3534 fatcat:to7kw5knmvb5nodfvlhjxiukze