Model intervensi perkongsian pintar sekolah-keluarga dalam pendidikan kanak-kanak

Fatimah Abdullah, Khaidzir Ismail, Mustafa Omar
2015 The Malaysian Journal of Social Administration  
This conceptual paper reviews about cooperation between family and school to produce resilient children with high aspiration and motivation towards education. Discussion was based on the assumption that the best chance for children to grow and thrive is to empower and connect their family and school. Problems, which many children faced today, are not only because of bad parenting, but also due to the environment factor to either help or deterrent parents to create harmony and strength in the
more » ... strength in the family. Healthy and positive relationships between family and school can improve children's academic competence and performance, behaviour and social skills, reduce problem related behaviours in children as well as increase parent's involvement with respect to children's performance and relationship with teachers. Kata kunci: keluarga, sekolah, peranan ibu bapa, peranan sekolah, intervensi Keluarga merupakan institusi sosial penting dan paling asas dalam masyarakat. Peranan utama institusi keluarga adalah melaksanakan fungsi-fungsi ekonomi, seksual, reproduksi, pendidikan dan sosialisasi, perlindungan serta rekreasi. Kebanyakan fungsi berkenaan, yang selama ini dipikul oleh institusi keluarga telah diambil-alih oleh institusi lain atau dikongsi dengan institusi lain. Contohnya, penglibatan ibu bapa, khususnya ibu, dalam pekerjaan formal di luar rumah menyebabkan tadika dan sekolah mengambil alih fungsi penjagaan dan sosialisasi kepada anak-anak. Di rumah pula, fungsi penjagaan diambil alih oleh pembantu rumah. Dalam kalangan keluarga yang tidak mempunyai pembantu rumah, anakanak ditinggalkan sendirian tanpa dijaga oleh orang dewasa sehingga menjadi latchkey kids atau self-care kids. Perkongsian fungsi dan pengambil-alihan tanggungjawab institusi keluarga oleh institusi lain meninggalkan implikasi negatif ke atas kesejahteraan dan keselamatan anak-anak. Malah, ia juga boleh menjejaskan kemahiran sosial dan pencapaian pelajaran anak-anak. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan isu pencapaian akademik kanak-kanak akibat perubahan yang berlaku dalam institusi keluarga, serta intervensi berasas kerjasama pintar antara sekolah-keluarga bagi bertindak-balas dengan isu sosial berkenaan. Intervensi ini penting dalam memperkukuhkan fungsi sosialisasi anak-anak dalam persekitaran sekolah. Pada masa yang sama, keluarga pula dapat membantu sekolah dalam melaksanakan proses pembelajaran anak-anak. Perbincangan artikel ini dimulakan dengan mengupas fungsi keluarga dan sekolah dalam konteks sosialisasi dan pendidikan. Selepas itu, makalah ini menyentuh aspek kerjasama antara sekolah dan keluarga. Bahagian ketiga pula membincangkan cabaran yang dihadapi oleh keluarga dan sekolah dalam merealisasikan kerjasama tersebut. Seterusnya, bahagian keempat adalah mengenai program intervensi yang perlu ada bagi menangani cabaran-cabaran tersebut. Fungsi Keluarga dan Sekolah Mengikut perspektif struktural fungsionalisme, keluarga adalah tonggak masyarakat. Keluarga menjadi latar pertama dan utama dalam proses sosialisasi dan pendidikan. Menurut Parsons dan Bales (1955), ibu bapa berperanan
doi:10.22452/mjsa.vol11no1.4 fatcat:t4vasyxhdfbfpdrwvr3l7lylma