Istibdal Harta Wakaf: Kajian Ringkas Terhadap Peranan dalam Mengembangkan Produk Wakaf

Mushaddad Hasbullah, Sofia Hayati Yusoff, Mohamad Zaharuddin Zakaria
2019 Journal of Fatwa Management and Research  
Waqf property needs to be maintained to ensure its benefits are sustainable. Nevertheless, not all properties can remain forever. Some properties such as vehicles and electrical goods have certain lifespan. It will suffer damage and destruction. Some are not productive. Hence, in order to ensure the sustainability of waqf property, the fuqaha view that the property has been damaged or destroyed should be exchanged with the same property to retain the benefits of waqf property. The process is
more » ... . The process is called as Istibdal. It is the final solution to the waqif to ensure the benefits of waqf property continue to be enjoyed by beneficiaries. The question is, whether the property can be dedicated solely for the purpose of expanding the wealth of waqf property? This paper will look at the extent to which the istibdal process can be done on the waqf property. The views of the fuqaha will be analyzed to achieve the best resolution for the sustainability of waqf assets. As a result, istibdal on waqf property can be done in various ways in order to safeguard and guarantee the benefits of waqf. ABSTRAK Harta wakaf perlu dipelihara demi memastikan manfaatnya berkekalan. Namun begitu, tidak semua harta yang diwakafkan boleh kekal selamanya. Sesetengah harta seperti kenderaan dan barangan elektrik mempunyai jangka hayat tertentu. Ia akan mengalami kerosakan dan kemusnahan. Sesetengahnya tidak produktif. Justeru, demi memastikan kelestarian harta wakaf, para fuqaha berpandangan harta yang telah rosak atau musnah perlu ditukar dengan harta yang seumpamanya untuk mengekalkan manfaat harta wakaf. Proses tersebut dinamakan Istibdal. Ia adalah penyelesaian terakhir kepada pewakaf demi memastikan manfaat harta wakaf terus dinikmati oleh penerima manfaat. Persoalannya, adakah harta tersebut boleh diistibdal semata-mata untuk tujuan mengembangkan lagi kekayaan harta wakaf? Kertas ini akan melihat sejauh mana proses istibdal boleh dilakukan terhadap harta wakaf. Pandangan-pandangan fuqaha akan dianalisa untuk mencapai resolusi terbaik demi kelestarian harta wakaf. Natijahnya, istibdal pada harta wakaf boleh dilakukan dengan pelbagai cara demi menjaga dan menjamin kemaslahatan harta wakaf.
doi:10.33102/jfatwa.vol16no2.13 fatcat:ss4l37kdjnh4jaobbjipjsgzqu