Sejarah Sistem Pendidikan di Kuala Lumpur

Mohd Nizam Sahad, Che Zarrina Sa'ari
2011 Journal of Al-Tamaddun  
Artikel ini berdasarkan kajian yang bersifat kualitatif deskriptif yang menggunakan metode dokumentasi, wawancara serta observasi. Ia memulakan perbincangan dengan mengetengahkan sejarah pendidikan Islam di Kuala Lumpur melalui paparan sejarah bandaraya Kuala Lumpur dan kependudukan masyarakat Melayu di situ. Kemudiannya perbincangan ditumpukan kepada sejarah perkembangan awal sistem pendidikan Islam di sini dengan pengkhususan terhadap zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Seterusnya
more » ... ngan pendidikan Islam selepas zaman kemerdekaan di bandaraya ini diperjelaskan dengan penumpuan terhadap peranan yang dimainkan oleh institusi pendidikan formal dan non formal. Hasilnya dapat dilihat bahawa terdapat usaha-usaha berterusan dari masyarakat Melayu dalam menjamin kelangsungan sistem pendidikan Islam di sini. Oleh yang demikian dapat dilihat perkembangan yang positif dalam sistem pendidikan Islam tersebut.
doi:10.22452/jat.vol6no1.1 fatcat:kdy6pv7m7varvjrsgvlmu6r6ka