Geografi sebagai sintesis: Meneliti kembali peranan geografi di sebalik pola reruang

Abdul Hadi, Harman Shah, Abdul Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz, Mohamed
2013 unpublished
Abstrak Pada akhir 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia mengumumkan langkah transformasi pendidikan negara di peringkat sekolah, bermula 2013 hingga 2025 dengan tujuan untuk memperkasakan pendidikan negara agar pembangunan sumber manusia negara akan menjadi lebih berwibawa untuk memenuhi keperluan negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dan tahun tahun mendatang. Tindakan itu dijangka membawa perubahan besar kepada kesemua aspek pendidikan dari kualiti prasarana pembelajaran, guru
more » ... mbelajaran, guru hingga ke kurikulum. Pada persimpangan inilah pengajian Geografi perlu diposisikan semula untuk bersama dengan transformasi itu dan menyerlahkan semula kerelevanannya. Proses memartabatkan kembali bidang geografi memerlukan penelitian terhadap isi yang dianggap asas kepada bidang ini dan bagaimana unsur asas dan penggarapan geografi telah menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat, malahan dunia. Tentunya setiap bidang ilmu mengalami evolusi penatarannya, namun terdapat beberapa perkara asas yang kekal dan walaupun bidang ilmu mengalami perubahan. Dalam geografi, konsep ruang menjadi asas kewujudannya. Ruang itu pula mempunyai konteks masyarakatnya. Perubahan yang berlaku pada konteksnya, tidak menyisihkan konsep itu, malahan konsep itu akan tetap segar mendasari bidang ilmu ini. Bagi pendukung bidang ilmu ini, geografi mempunyai satu peranan penting iaitu mensintesis kefahaman alam fizikal dan manusia pada tempat, kawasan, negara atau benua dan dunia. Hal ini adalah sesuatu yang semakin diperlukan untuk kefahaman tentang hubungan persekitaran dengan masyarakat masa kini. Artikel ini adalah penulisan refleksi tentang perubahan geografi di Malaysia dalam konteks keperluan setempat dan global. Apakah yang harus ada dalam bidang geografi pada masa mendatang untuk menjadi terus relevan dalam pendidikan masyarakat diwacanakan dalam ruang lingkup usaha manusia menjadikan alam ini kediamannya? Kata kunci teras geografi, geografi sebagai sintesis, peranan geografi, pendidikan tinggi geografi Abstract At the end of 2012 the Malaysian Ministry of Education announced steps towards transforming the national education at the school level, beginning from 2012 until 2025 with the objective of empowering national education to develop human resource that is able to fulfill the needs
fatcat:pbbztczgpbhe5nmdsozzgfy5tq