Sumbangan Abu Talib al-Makki Terhadap Pembangunan Psikologi Insan Berdasarkan Maqamat Dalam Qut al-Qulub
Sharifah Basirah Syed Muhsin
2018
Jurnal Akidah & Pemikiran Islam
Khulasah Nama sebenar Abu Talib al-Makki ialah Abu Talib Muhammad Ibn 'Ali Ibn 'Atiyyah al-Harith al-'Ajami al-Makki merupakan salah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal khususnya dalam ilmu tasawuf. Ketokohan beliau dalam bidang tersebut telah diakui oleh ramai sarjana dan tokoh Islam antaranya ialah Abu Hamid al-Ghazali. Ini dapat dibuktikan dengan hasil penulisan yang beliau tinggalkan iaitu karya Qut al-Qulub merupakan karya agung dalam bidang tasawuf yang menjadi rujukan utama dalam
more »
... ang ini. Karya tersebut banyak menonjolkan elemen-elemen spiritual dan pengalaman kerohanian dalam usaha pembangunan rohani yang dilakarkan secara teratur serta sistematik antaranya ialah perbahasan mengenai konsep maqamat. Secara umumnya maqamat ialah suatu kedudukan atau tingkatan spiritual yang memerlukan usaha untuk mencapai dan berpindah dari satu maqam ke maqam yang lebih tinggi dalam perjalanan kerohanian seorang salik. Kesungguhan dan usaha ini, sebenarnya mengandungi nilai-nilai spiritual yang tinggi dan didapati mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan 110 dengan psikologi manusia. Oleh yang demikian, makalah ini akan membincangkan serta mengupas konsep maqamat yang telah dibahaskan oleh Abu Talib al-Makki dalam kitab Qut al-Qulubnya sebagai elemen psikoterapi Islam dalam usaha untuk mambagunkan psikologi insan. Keunggulan psikologi insan dapat menyumbangkan kepada kebaikan dan kebahagiaan hidup diri individu, masyarakat dan alam sekeliling sebagai khalifah di muka bumi ini. Kata kunci: Abu Talib al-Makki; Qut al-Qulub; maqamat; pembangunan psikologi. Abstract The exact name of Abu Talib al-Makki is Abu Talib Muhammad Ibn 'Ali Ibn 'Atiyyah al-Harith al-'Ajami al-Makki is one of the most famous Islamic scholars in Sufism. His conviction in Sufism is recognized by many scholars and Islamic figures including Abu Hamid al-Ghazali. This is proven by the result of his writing that work of Qut al-Qulub is a masterpiece in the field of Sufism that becomes as the main reference in this discipline. The work highlights the spiritual elements and spiritual experiences systematically in an effort to develop man's spiritual, among which is the discussion about the concept of maqamat. Maqamat generally denotes the meaning of a position or spiritual level that requires effort to achieve and move from one maqam to a higher maqam in the spiritual journey of a person. These passion and effort actually contain high spiritual values and is found to be capable of solving problems related to human psychology. Therefore, this article will discuss and examine the concept of maqamat which has been discussed by Abu Talib al-Makki in his Qut al-Qulub as an element of Islamic psychotherapy in order to develop human psychology. Excellence in human psychology can contribute to the well-being and happiness of the individual's life, society and the environment as the caliphs on this earth. Pendahuluan Makalah ini membincangkan mengenai beberapa unsur pembangunan psikologi insan bertunjangkan kepada doktrin yang digunakan dalam ilmu tasawuf iaitu maqamat. Perbincangan maqamat ini dimanfaatkan dari kitab tasawuf Qut al-Qulub karangan Abu Talib al-Makki. Pembangunan psikologi amat berkait rapat dengan subjek atau entiti insan itu sendiri. Ini kerana hakikat manusia adalah sebagai makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T. yang terdiri daripada dua unsur iaitu roh dan jasad. Setelah diciptakan, dia mengakui semenjak di alam roh lagi untuk dipertanggungjawapkan melaksanakan tugas khalifah serta untuk tunduk dan patuh akan perintah Allah S.W.T. di atas muka bumi ini. Untuk merealisasikan pertanggungjawapan tersebut, individu yang bergelar insan perlu memiliki keunggulan dan keutuhan peribadi serta entiti kerohanian insan yang dikenali sebagai nafs yang perlu dibangunkan dengan ketetapan iman, keteguhan jiwa, dan kemuliaan akhlak yang juga dikenali sebagai pembangunan psikologi. Ia adalah sangat penting di samping keperluan kepada elemen-elemen lain seperti pembangunan mental dan fizikal. Justeru, dalam usaha mencapai keunggulan psikologi insan, di antara metode yang dilihat penting ialah melalui jalan maqamat. Biodata dan Ketokohan al-Makki dalam Tasawuf Nama sebenar Abu Talib al-Makki ialah Abu Talib Muhammad Ibn 'Ali Ibn 'Atiyyah al-Harith al-'Ajami al-
doi:10.22452/afkar.vol20no1.4
fatcat:ygnvi6dambblfdrow7a7iuwaty