MASYARAKAT TEMPATAN SEBAGAI PENGGERAK PENDIDIKAN DI KELANTAN, 1909-1941

Siti Fathihah Abd Latif, Mahani Musa
2020 SEJARAH  
Abstrak Makalah ini bertujuan meneliti usaha dan inisiatif yang diambil oleh masyarakat tempatan dalam memajukan aspek pendidikan di negeri Kelantan sehingga tahun 1941. Dasar pendidikan yang direncanakan oleh British di negeri itu amat jelas dikawal oleh matlamat kolonialisme iaitu keuntungan ekonomi namun pada masa yang sama, perlu memastikan kestabilan politik bagi memastikan matlamat tersebut tercapai. Pendidikan yang diberikan kepada anak negeri hanyalah bertujuan untuk mengekalkan mereka
more » ... mengekalkan mereka dalam pekerjaan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka manakala pendidikan Inggeris hanya dibolot oleh anak golongan elit supaya mereka kembali berkhidmat dalam pentadbiran negeri dan menjadi penyokong kepada imperialisme British. Menyedari kekangan-kekangan ini, orang tempatan tampil menggerakkan pelbagai inisiatif untuk memajukan pendidikan di negeri itu. Makalah ini membincangkan usaha dan inisiatif yang diambil oleh masyarakat Melayu di Kelantan khususnya golongan intelektual, pegawai Melayu, dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIK) dalam menggerakkan dan memajukan pendidikan di negeri tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan dan penilaian data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan MAIK dan Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa selain pihak British, masyarakat tempatan telah memainkan peranan penting sebagai penggerak kepada perkembangan pendidikan di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua melalui pelbagai usaha seperti permohonan membuka sekolah baharu, mewakafkan tanah untuk tapak sekolah, membina sekolah baharu secara bergotong royong, membuka sekolah rakyat, membincangkan isu berkaitan pendidikan melalui akhbar dan majalah, serta melaksanakan pembaharuan pendidikan yang diterajui oleh pegawai Melayu Kelantan dan MAIK sebagai organisasi tempatan Kelantan. Abstract This paper aims to examine the efforts and initiatives taken by the local community to develop the educational aspect of the state of Kelantan until 1941. The educational policies designed by the British are directed to achieve the colonial goal, which are economic gains. In order to achieve the goal, they need to ensure the political stability of the state. The education for the locals is aim to retain them in the traditional work field following the footsteps of the ancestors while English education provided to the children of the elite members of society was for them to serve in state administration and became supporters of British Imperialism. Realizing these constraints, locals came forward to mobilize various initiatives to develop the state's education system further. This paper discusses the Malay communities' efforts and initiatives in Kelantan, especially intellectuals, Malay officers, and Sejarah: Pengenalan Pengenalan sistem pendidikan oleh pihak British banyak banyak mengubah landskap pendidikan di tanah jajahan. 1 Di Tanah Melayu, pertama kali British mula terlibat dalam pendidikan ialah berikutan pengenalan Laporan Wooley pada tahun 1870. 2 Bermula dari tahun tersebut, usaha bagi membangunkan pendidikan terutamanya pendidikan vernakular mula dilaksanakan oleh British. Walau bagaimanapun, pengkaji seperti Awang Had Salleh, D. D. Cheliah, Philip Loh Fook Seng, Hussien Hj. Ahmad dan Ibrahim Saad menegaskan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh British pada peringkat awalnya adalah semata-mata untuk memastikan kestabilan politik serta keuntungan ekonomi berpihak kepada mereka. 3 Malah dasar pendidikan British terhadap orang Melayu dibezakan antara masyarakat atasan dan bawahan bahkan penyediaan pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu juga dikawal sepenuhnya oleh British sebagaimana ulasan Tan Yao Sua dan Santhiram R. Raman. 4 Dasar pendidikan yang kelihatan bersifat pecah dan perintah ini memperlihatkan dilema British selaku pihak pelindung di Tanah Melayu yang terpaksa memenuhi tuntutan kemanusiaan, namu pada masa yang sama perlu mengehadkan mobilisasi sosial dan ekonomi daripada pencapaian pendidikan yang dikhuatiri boleh menjejaskan kedudukan British di Tanah Melayu. 5 Perkembangan yang sama turut berlaku di Kelantan apabila British mula menguasai negeri tersebut pada tahun 1909. Sebelum Perang Dunia Kedua tercetus, British menguruskan pendidikan di negeri tersebut dengan tujuan untuk memastikan kestabilan politik yang bermaksud keuntungan pertanian dapat dimaksimumkan daripada negeri tersebut. Namun, sehingga tahun 1941, British juga terpaksa berhadapan dengan masyarakat tempatan sebagai satu 'kuasa' yang sentiasa menuntut kemajuan dalam aspek pendidikan bagi kepentingan masyarakat dan negeri Kelantan. Usaha serta inisiatif yang diambil oleh masyarakat tempatan yang dibahagikan kepada beberapa golongan iaitu masyarakat setempat, golongan intelektual Kelantan, pegawai Melayu serta organisasi tempatan membuktikan bahawa masyarakat tempatan memainkan peranan yang penting dalam dalam menggerakkan dan membangunkan pendidikan di negeri tersebut sehingga tahun 1941. misalnya, hanya terdapat 18 orang pegawai British di Kelantan. Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri disandang oleh orang Melayu, hanya seorang pegawai daerah berbangsa Inggeris, dan seorang anggota polis manakala di pejabat tanah kesemua kakitangan berbangsa Melayu. Rujuk Ibid., dan Rupert Emerson, Malaysia:
doi:10.22452/sejarah.vol29no2.5 fatcat:g2pbqckrrjadxidri3ri54vsmu