Control of Microbiologically Influenced Corrosion using Ultraviolet Radiation

Akrima Abu Bakar, Muhammad Khairool Fahmy Mohd Ali, Norhazilan Md. Noor, Nordin Yahaya, Mardhiah Ismail, Ahmad Safuan A. Rashid
2017 Sains Malaysiana  
Baram Delta Operation had been producing oil and gas since 1960's and serious pipelines failure was reported in the year of 2005. The final investigation has concluded that one of the species of bacteria that has been identified to cause microbiologically influenced corrosion, specifically known as sulfate reducing bacteria (SRB) was found to be one of the potential contributing factors to the incidents. This work investigates the potential use of ultraviolet (UV) radiation to inhibit the SRB
more » ... o inhibit the SRB consortium that was cultivated from the crude oil in one of the main trunk lines at Baram Delta Operation, Sarawak, Malaysia. The impact of UV exposure to bio-corrosion conditions on carbon steel coupon in certain samples for 28 days was discussed in this study. The samples were exposed to UV radiation based on variations of parameters, namely: time of UV exposure; and power of UV lamp. The significant changes on the amount of turbidity reading and metal loss of the steel coupon were recorded before and after experiment. The results showed that SRB growth has reduced rapidly for almost 90% after the UV exposure for both parameters as compared to the abiotic samples. Metal loss values were also decreased in certain exposure condition. Additionally, field emission scanning electron microscopy (FESEM) coupled with energy dispersive spectroscopy (EDS) was performed to observe the biofilm layer formed on the metal surface after its exposure to SRB. The evidence suggested that the efficiency of UV treatment against SRB growth could be influenced by the particular factors studied. ABSTRAK Operasi Delta Baram (BDO) telah beroperasi bagi menghasilkan pengeluaran minyak dan gas semenjak tahun 1960 dan sistem saluran paipnya telah dilaporkan mengalami kegagalan serius pada tahun 2005. Kesimpulan daripada siasatan akhir mendapati salah satu daripada spesies bakteria telah dikenal pasti menyebabkan biokakisan, dikenali sebagai bakteria penurun sulfat (SRB) merupakan faktor penyumbang kepada insiden tersebut. Kajian ini menganalisa potensi penggunaan sinaran ultralembayung (UV) sebagai perencat kepada pertumbuhan SRB konsortium yang telah diasingkan daripada minyak mentah di salah satu saluran paip utama di BDO, Sarawak, Malaysia. Kesan sinaran UV terhadap pertumbuhan biokakisan pada kupon keluli karbon telah dikaji selama 28 hari dan keputusannya dibincangkan. Sampel dikaji berdasarkan parameter yang berbeza, iaitu: masa pendedahan kepada sinaran UV; dan nilai kuasa lampu UV. Sampel telah didedahkan kepada sinaran UV berdasarkan variasi parameter, iaitu: masa pendedahan UV; dan kuasa lampu UV. Nilai bacaan kekeruhan dan kehilangan logam kupon keluli diambil sebelum dan selepas pendedahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pertumbuhan SRB telah berkurang dengan pesat menghampiri nilai 90% selepas pendedahan UV dijalankan untuk kedua-dua parameter berbanding sampel abiotik. Nilai pengurangan logam juga telah menurun dalam keadaan pendedahan UV yang tertentu. Perubahan terhadap nilai bacaan kekeruhan sampel dan kehilangan berat kupon keluli dicatat. Selain itu, ujian mikroskopi pancaran medan elektron imbasan (FESEM) dan ujian spektroskopi tenaga serakan (EDS) juga dijalankan untuk melihat lapisan biofilem yang terbentuk di atas permukaan logam selepas pendedahannya kepada aktiviti SRB. Hasil kajian mendapati bahawa kecekapan rawatan UV terhadap pertumbuhan SRB boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu yang dikaji. Kata kunci: Bakteria penurun sulfat; biokakisan; sinaran ultralembayung
doi:10.17576/jsm-2017-4608-19 fatcat:amu2t2k3jfevlirhix77t6auva