Basal Ganglia Hyperdensity on Computerised Tomography of Brain: A Rare Finding of Non- Ketotic Hyperglycemia

Ng Von How, Department of Emergency Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.
2018 Medicine & Health  
Hiperdensiti di ganglia basal dalam pengimejan tomografi (CT) otak selalunya dianggap sebagai strok hemoragik atau kalsifikasi dalam otak. Tanda-tanda hiperglisemia seperti kelemahan otot, hypotonia, gejala trak piramida dan hemichorea-hemiballismus (HC-HB), menyerupai gejala strok. Hiperdensiti di ganglia basal telah dilaporkan dalam pesakit dengan hiperglisemia non-ketotik (NKH). Ketidakupayaan untuk mengenalpasti hiperdensiti ini dalam CT otak sebagai tanda NKH boleh mengakibatkan kegagalan
more » ... awatan. Diagnosa awal dan rawatan hiperglisemia yang optimum akan mempercepatkan kadar pemulihan pesakit. Ini adalah kes atipikal gejala menyerupai strok dengan ciri-ciri neuroimaging yang menunjukkan hiperdensiti asimetri ganglia basal. Pemeriksaan neurologi tidak menunjukkan sebarang gejala HC-HB. Ujian makmal menunjukkan hiperglisemia tanpa asidosis dan ketonaemia. Pesakit disyaki mengalami pendarahan ganglia basal dan dirujuk kepada pakar pembedahan saraf dan otak. Walau bagaimanapun, gejala menyerupai strok yang dihidapi pesakit pulih sepenuhnya berikutan pembetulan tahap paras glukosa. Kes NKH ini merupakan kes kedua yang dilaporkan mempunyai ciri-ciri neuroimaging tipikal yang tidak dikaitkan dengan HC-HB. Kesedaran perlu ada terhadap kemungkinan NKH dalam ketiadaan gangguan pergerakan dengan hiperdensiti basal ganglia asimetrik di otak CT. Kesalahtafsiran sebagai pendarahan intrakranial akut boleh mengakibatkan pengurusan suboptimal.
doi:10.17576/mh.2018.1302.29 fatcat:uwf3savjb5esffzahcd3vvd3wy