Environmental Management: Stakeholder Involvement in the Management of Freshwater Catchment Area

Pengurusan Alam Sekitar, Penglibatan Stakeholder, Pengurusan Sumber, Alam Pengurusan, Sekitar, Penglibatan Stakeholder, Pengurusan Sumber, Kawasan Tadahan, Abdul Masleh
unpublished
Abstrak Pada masa kini, terdapat pelbagai isu alam sekitar yang menyumbang kepada pencemaran, eksploitasi dan pembangunan yang tidak terancang. Ia telah menggambarkan betapa pengurusan alam sekitar tidak mencapai keseimbangan. Konflik pengurusan alam sekitar memerlukan pendekatan yang komprehensif dan dinamik. Oleh yang demikian, pengurusan alam sekitar perlu melibatkan pelbagai pihak bagi mewujudkan suatu pengurusan yang mampan. Penglibatan pelbagai pihak ini juga dikenali sebagai stakeholder.
more » ... Kajian kes ini telah dilaksanakan selama tiga tahun bermula dari 2010 sehingga 2013 di kawasan tadahan air tawar meliputi 11,600 hektar yang merangkumi sepuluh buah kampung di Mukim Kirokot, Tambunan Sabah. Fokus kajian adalah di dua cabang sungai utama iaitu sungai Nukakatan dan sungai Mensangoh. Hasil pemantauan mendapati terdapat konflik di antara komuniti dan alam sekitar di mana komuniti Dusun telah lama mendirikan penempatan di sepanjang sungai tersebut. Justeru, komuniti ini juga giat menjalankan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah, halia, tembakau dan nenas. Komuniti turut mengakses sumber semula jadi yang lain seperti rotan dan buluh bagi kelangsungan kehidupan. Selain itu, sungai juga penting kepada komuniti dalam memberikan sumber protein dan menjana sistem mikro hidro. Sumber air domestik di kawasan ini juga bergantung kepada sistem air graviti. Kepelbagaian akses terhadap semula jadi ini memerlukan pengurusan alam sekitar yang mampan. Oleh itu, kajian ini telah dilaksanakan untuk meningkatkan penglibatan pelbagai pihak dalam menguruskan sumber semula jadi. Penglibatan stakeholder dibahagikan kepada lima peringkat iaitu i. Peringkat kerajaan; ii. peringkat institusi pendidikan tinggi; iii. Peringkat organisasi bukan kerajaan; iv. Peringkat komuniti; dan v. Peringkat sekolah. Kajian ini telah membahagikan peringkat penglibatan bagi menilai keberkesanan fungsi dan sumbangan pada setiap stakeholder. Hasil dapatan kajian mendapati pada peringkat kerajaan, agensi yang terlibat telah memberikan khidmat bantuan teknikal dalam menguruskan sumber sungai dan hutan. Peringkat institusi pendidikan tinggi telah menjalankan ekspedisi saintifik bagi mewujudkan data maklumat persekitaran. Peringkat bukan organisasi kerajaan telah memberikan khidmat sokongan aktiviti pemeliharaan alam sekitar manakala peringkat komuniti dan sekolah telah melaksanakan aktiviti yang memberikan
fatcat:bf43acqd5nafdmmayyztw3rppm