Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika
The implementation of Higher Order Thinking Skills by teacher in teaching and learning at kindergarten

Suppiah Nachiappan, Irna Patricia Julia, Norazilawati Abdullah, Sangkari Chandra Sehgar, Sandra Suffian, Noor Athirah Sukri
2019 Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan  
Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di tadika. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah Hermeneutik dalam menganalisis dua belas sampel Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebagai teks, dan diinterpretasikan ke dalam bentuk metateks bagi memperoleh dapatan kajian. Sampel kajian dikumpul dari sebuah tadika swasta yang terletak di Ipoh, Perak. Kaedah Hermeneutik dapat
more » ... r pengajaran guru sama ada mempunyai perkaitan dengan pelaksanaan KBAT, atau sebaliknya. Dapatan kajian menunjukkan guru sememangnya melaksanakan KBAT dalam PdP mereka di tadika. Antara elemen KBAT yang dilaksanakan oleh guru dalam PdP mereka ialah kemahiran mencerakinkan maklumat, menyiasat, mengaplikasi, menggambarkan, dan mengelaskan. Oleh itu, semoga pelaksanaan KBAT yang diamalkan guru dalam PdP mereka di tadika dapat membantu kanak-kanak untuk menguasai KBAT dengan baik.
doi:10.37134/jpak.vol8.4.2019 fatcat:wfz2dwtbgzgrlk63opasixxn4a