Penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Remaja B40 di sekitar Lembah Klang (The Use of Social Media Among B40 Adolescents in Klang Valley)
Shahrul Nazmi Sannusi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Fauziah Ibrahim, Azianura Hani Shaari, Nasrudin Subhi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia
2019
Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication
ABSTRAK Isu remaja dan penggunaan media sosial kini menjadi suatu aspek penting yang perlu dikaji kerana ia merupakan medium komunikasi yang digunakan oleh golongan muda masakini untuk mengakses maklumat dengan mudah dan pantas. Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial yang belebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial dan implikasi negatif terhadap remaja khasnya mereka yang berada dalam kumpulan B40. Maka, tujuan artikel ini adalah untuk (1) mengukur tahap
more »
... aan media sosial dan (2) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan media sosial khususnya remaja B40 yang menetap di perumahan rakyat (PPR). Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan melibatkan survei ke atas 244 orang remaja yang tinggal di perumahan Rakyat Desa Rejang, Pantai Ria dan Seri Pantai. Hasil analisis regresi mendapati bahawa faktor-faktor seperti tingkah laku prososial, keselamatan persekitaran perumahan, kesihatan seksual dan semangat perpaduan perlu dipertingkatkan dengan mengadakan program yang dapat mengalakkan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di PPR. Selain itu, kajian ini menunjukkan golongan remaja B40 yang tinggal dikawasan PPR ini masih berada di tahap sederhana. Melalui hasil kajian ini juga, empat aspek utama iaitu peningkatan kesihatan diri, meningkatkan hubungan kejiranan, mengukuhkan tingkah laku prososial dan memperkasakan semangat perpaduan berupaya melonjakkan semangat perpaduan dalam kalangan remaja. Hasil kajian ini boleh memberikan implikasi positif khususnya kepada pihak berkepentingan seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan media sosial secara positif khusus untuk remaja B40 yang tinggal di PPR. Kata kunci: Remaja, perumahan rakyat, media sosial, tingkah laku prososial, perpaduan. ABSTRACT Adolescent issues and the use of social media is now an important area of study as it is a medium of communication used by young people to access information quickly and easily. However, excessive use of social media can lead to social problems and negative implications for adolescents especially those in the B40 group. Therefore, the purpose of this article is to (1) measure the level of social media usage and (2) identify factors influencing social media usage especially among B40 adolescents living in public housing estates (PPR). A quantitative approach was used in this study by looking at a survey of 244 adolescents living in public housing in Desa Rejang, Pantai Ria and Seri Pantai. Results of the regression analysis found that factors such as prosocial behaviour, security within housing environment, sexual health and the spirit of solidarity should be enhanced by establishing programs that encourage the use of social media among Penggunaan Media Sosial dalam Kalangan Remaja B40 di Sekitar Lembah Klang adolescents in the PPR. In addition, this study shows that B40 adolescents living in the PPR are still at a moderate level. Through the results of this study, four key aspects, such as improving personal health, enhancing neighborhood relationships, strengthening prosocial behaviors and strengthening the spirit of solidarity can help foster a sense of unity among adolescents. The results of this study could have positive implications particularly for the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia in an effort to increase the level of positive social media use among B40 adolescents living in PPR.
doi:10.17576/jkmjc-2019-3504-07
fatcat:czwf7vc6b5hufi6twcooq36rqq