Peranan Pemimpin Pendapat dalam Penyebaran Inovasi Penanaman Kelapa Sawit (The Role of Opinion Leaders in Spreading Oil Palm Innovation)

Suhana Saad, Mohd Yusof Abdullah, Novel Lyndon
2017 Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication  
ABSTRAK Struktur sosial masyarakat boleh dianggap sebagai satu rangkaian yang saling berkait antara individu hingga akhirnya akan menjadi satu rangkaian penting dalam menjayakan sesebuah program pembangunan komuniti. Sehubungan dengan itu, fokus utama kajian ini ialah untuk meneliti peranan pemimpin pendapat sebagai agen penyebaran inovasi penanaman kelapa sawit kepada golongan belia. Kajian ini melibatkan kaedah pengumpulan data primer dan sekunder. Data telah dikumpul menggunakan pendekatan
more » ... alitatif melalui temubual bersemuka dengan empat orang informan yang terdiri daripada usahawan, ketua kampung, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan seorang pemangku ketua kampung. Kajian ini dijalankan di Johor Utara iaitu Kluang dan Kulai Jaya. Hasil kajian mendapati peranan pemimpin pendapat sebagai agen penyebaran inovasi sangat penting dalam usaha menarik para belia untuk terlibat dalam industri sawit. Kajian juga mendapati generasi muda memerlukan bimbingan individu yang telah berjaya untuk mengembangkan potensi mereka. Individu yang berjaya ini berperanan sebagai penyebar inovasi yang utama dalam mengembalikan keyakinan para belia terhadap masa depan kerjaya dalam industri sawit. Di samping itu, kajian turut mendapati pemimpin pendapat yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian dan industri sawit lebih dipercayai oleh para belia berbanding dengan pemimpin yang memegang jawatan penting di peringkat kampung namun terlibat secara sebahagian dan tidak sepenuhnya dalam sektor tersebut. Kesimpulannya, usaha menarik minat belia memerlukan intervensi banyak pihak terutamanya yang melibatkan pemegang taruh. Minda golongan muda terhadap perkerjaan dalam industri kelapa sawit perlu diubah supaya persepsi, minat terhadap sektor ini lebih berbentuk positif dan seterusnya akan menggerakkan penglibatan mereka. Kata kunci: Pemimpin pendapat, komunikasi, kelapa sawit, sistem sosial, belia. ABSTRACT The social structure of society can be considered as a network of interdependence between individuals and eventually will become an important network in the success of a community development program. Accordingly, the main focus of this study was to examine the role of opinion leaders in spreading the innovation of planting oil palm among youth. The study used both primary and secondary data. Primary data were collected using a qualitative approach through face to face interviews with four informants consisting of entrepreneurs, the village chief, the Village Development and Security Committee (JKKK) and an acting village head. spreading innovation is very important in order to attract the youth to engage in the industry. The study also found that young people need guidance from individuals who have managed to develop their potential. Individuals who are successful play a role as disseminators of the main innovations in restoring confidence in the future career of the youth in the oil palm industry. In addition, the study also found that opinion leaders who are directly involved in agriculture and the oil palm industry are more trusted by the youth as compared to the leaders who held key positions at the village level but did involve entirely in the sector. In conclusion, efforts to attract the youth require the intervention of various parties, especially those who are involved as stakeholders. The perception of the youth on oil palm industry needs to be changed so that interest in the sector is more positive and in turn drives their involvement.
doi:10.17576/jkmjc-2017-3302-06 fatcat:itmimrzxgfhq3iytnexpgahfei