Penentu Makroekonomi Kadar Jenayah di Malaysia
Malay

Foon Tang Chor, Sezali Md. Darit
2015 Jurnal Ekonomi Malaysia  
ABSTRAK Kadar jenayah kian meningkat akan mengancam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor makroekonomi yang mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Kajian ini meliputi data siri masa tahunan 1970 hingga 2013. Untuk mencapai objektif kajian ini, kami menggunakan kaedah kointegrasi batasan dan ujian sebab-penyebab Granger. Kajian ini mendapati bahawa kadar pengangguran, pelancongan, tahap kemiskinan dan keselamatan mempengaruhi kadar
more » ... mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia, terutamanya dalam jangka panjang. Akan tetapi, kadar inflasi tidak signifikan mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Tambahan pula, kajian ini juga mendapati bahawa pelancongan merupakan satu pembolehubah yang dinamik kerana perkembangan sektor pelancongan bukan sahaja dapat mengurangkan kadar jenayah, bahkan perkembangan sektor ini juga mampu mengurangkan kadar pengangguran serta membasmi kemiskinan. Selari dengan program transformasi ekonomi, pembangunan sektor pelancongan perlu diberi penekanan oleh penggubal dasar. ABSTRACT The increasing trend of crime rate would detriment the economic growth of a country. Therefore, the purpose of this study is to investigate the macroeconomic determinants that affect crime rate in Malaysia. This study covers yearly data from 1970 to 2013. To achieve the objective of this study, we use the bounds testing approach to cointegration and the Granger causality tests. Our study finds that unemployment rate, tourism, poverty and security levels are affecting crime rate in Malaysia, especially in the long-run. However, the rate of inflation does not influence crime rate in Malaysia. Additionally, this study discovers that tourism is a dynamic variable because the expansion of tourism sector not only reduces the crime rate while it also reduces the rate of unemployment and the level of poverty. In line with the Economic Transformation Programme (ETP), policymakers should promote the development of tourism sector.
doi:10.17576/jem-2015-4902-05 fatcat:licsj4bxuvexzkuz6yk3g6apie