GAYA KOMUNIKASI KEPIMPINAN PENTADBIR AKADEMIK: SATU KAJIAN GENDER DAN WACANA
(Academic Leadership and Communication Style: A Study of Gender in Discourse)

KESUMAWATI A. BAKAR
2020 MALIM: JURNAL PENGAJIAN UMUM ASIA TENGGARA (SEA JOURNAL OF GENERAL STUDIES)  
Artikel ini mengkaji wacana 3 pentadbir akademik wanita dalam mempamerkan keindividuan mereka dan membentuk identiti feminin yang bertentangan dengan stereotaip gender dalam konteks wacana mesyuarat pengurusan. Selain daripada memahami gaya komunikasi individu pentadbir wanita, kajian ini juga bertujuan untuk memperlihatkan variasi dalam gaya komunikatif yang wujud dalam satu kumpulan gender dan etnik yang sama, seterusnya mengkaji semula paradigma gender dikotik yang lazim digunakan dalam
more » ... igunakan dalam kajian bahasa dan gender. Data kajian ini diperolehi dari enam interaksi dalam mesyuarat yang telah dirakam tanpa sebarang campur tangan daripada pengkaji. Berpandukan klasifikasi enam fungsi bahasa dalam mesyuarat (Goodale 1987; Barnard 2018), analisis tertumpu kepada kaedah- kaedah yang digunakan oleh tiga pentadbir wanita untuk (1) mencapai matlamat mesyuarat (2) dan mengawal perbincangan dalam mesyuarat. Hasil dapatan kajian menunjukkan beberapa strategi komunikatif yang digunakan oleh subjek kajian ini adalah antitesis bentuk perilaku gender yang mungkin dicetuskan oleh keperluan institusi, kepimpinan serta faktor individualiti.
doi:10.17576/malim-2020-2101-15 fatcat:el4idvx6mzhptfa5v2ahz4tvgy