KESEJAHTERAAN EMOSI GOLONGAN IBU TUNGGAL: CABARAN HIDUP SEBAGAI IBU TUNGGAL

Noor Hassline Mohamed
2020 Figshare  
Isu kesejahteraan psikologi dalam kalangan ibu tunggal seharusnya tidak dipandang mudah. Ini kerana ibu tunggal turut menyumbang kepada peningkatan jumlah golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan serta sokongan untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal secara tidak langsung telah menjejaskan kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan ibu tunggal terpilih di Selangor.
more » ... ih di Selangor. Pendekatan kualitatif ini mengaplikasikan perbincangan kumpulan berfokus (focused group discussion) sebagai kaedah pengumpulan data bagi kajian ini. Pemilihan responden adalah berdasarkan pensampelan bertujuan yang dipilih menggunakan kriteria inklusif dan eksklusif. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan analisis bertema. Hasil kajian mendapati berikut adalah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal (a) ketidakstabilan ekonomi, (b) urusan mahkamah, (c) nafkah anak, (d) hubungan antara bekas suami dan anak-anak, (e) masalah kesihatan, (f) cabaran membesarkan anak-anak, dan (g) stigma masyarakat. Hasil kajian turut mendapati cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal ini telah menggugat kesejahteraan hidup mereka. Oleh itu, intervensi sewajarnya perlu bagi membantu golongan ibu tunggal mencapai kefungsian sosial seterusnya meningkatkan kesejahteraan fizikal dan psikososial mereka.
doi:10.6084/m9.figshare.12143091 fatcat:w3fjiy7tcjaalocdhy7hnkmfzu