Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam

Siti Jamiaah Abdul Jalil, Yusmini Md Yusoff, Rozmi Ismail
2017 Journal of Usuluddin  
Abstrak Konsep kendiri ialah persepsi individu terhadap nilai dirinya. Konsep kendiri adalah istilah yang diperkenalkan oleh Barat dan dianggap sebagai pusat konsep utama dalam ilmu psikologi. Ini kerana melaluinya boleh memahami tingkah laku manusia yang menjadi matlamat utama dalam ilmu psikologi. Walaupun, konsep kendiri tidak dibincangkan secara khusus dalam Islam, namun, terdapat perbincangan secara konsep berkaitan dengannya. Oleh itu, objektif penulisan ini ialah untuk mengetahui
more » ... lemen pembinaan konsep kendiri positif dari perspektif Barat dan Islam,serta mengenal pasti persamaan dan perbezaan dua perspektif ini terhadap pembinaan konsep kendiri. Hasil mendapati terdapat 3 elemen yang mempengaruhi konsep kendiri seseorang iaitu daripada (1) persepsi individu terhadap dirinya sendiri, (2) penilaian orang lain terhadap dirinya dan (3) penilaiannya terhadap persepsi orang lain kepada dirinya. Walau bagaimanapun, Islam mempunyai elemen tambahan iaitu penilaian terhadap pandangan Pencipta terhadap dirinya. Kajian juga mendapati mengutamakan pandangan Allah dalam setiap perkara dengan menjauhi larangan-Nya dan melakukan suruhan-Nya mampu mengurangkan pengaruh 3 elemen tersebut. Kata kunci: konsep kendiri, psikologi, perspektif Islam, sifat mahmudah The Construction of Self-Concept from the Perspectives of the West and Islam Abstract Self-concept is the individual's perception of the value itself. Self-concept is a term introduced by western and it is considered the most central concept in psychology. Through it we can understand human behaviour which is the main goal in psychology. Although, the self-concept was not discussed specifically in Islam, however, there are discussions related concepts in Islam. Therefore, the objective of this article is to identify the elements of construction of a positive self-concept of the West and Islamic perspective and to identify the similarities and differences Jamiaah, Yusmini dan Rozmi, Pembinaan Konsep Kendiri 2 between these two perspectives on building self-concept. The results found that there were three elements that affect a person's self-concept. That is from (1) the individual's perception of themselves, (2) the judgment of others against him and (3) evaluation of the perception of others to himself. However, Islam has one additional element, namely the assessment of the Creator's view of himself. Prefer sight of God in everything by staying away from His ban and do His errands can reduce the influence of these three elements. Pendahuluan Encyclopedia of Applied Psychology mendefinisikan konsep kendiri sebagai pegangan kepercayaan seseorang tentang kualiti dirinya dan bagaimana dia menilai kualiti tersebut. 1 Shavelson dan Bolus pula menjelaskan konsep kendiri sebagai tanggapan seseorang terhadap dirinya. 2 Tanggapan yang dimaksudkan meliputi kepercayaan, perasaan, sikap harga diri dan juga nilai. 3 Ia merupakan penilaian diri yang diperoleh berdasarkan pengalaman kehidupan yang dilalui. Azizi Yahya dan rakan-rakan menghuraikan konsep kendiri sebagai penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri atau bagaimana ia menanggapi dirinya sendiri, sama ada secara positif atau negatif. 4 Begitu juga dengan definisi yang diberikan oleh Habibah & Noran, konsep kendiri sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sama ada secara positif atau negatif. Menurutnya lagi, konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan juga perasaan tentang kebolehannya yang meliputi keyakinan dan harga dirinya. 5 1 Charles Donald Spielberger, Encyclopedia of Applied Psychology (USA:
doi:10.22452/usuluddin.vol45no1.1 fatcat:w4aznaqhgvdvvi3wbb5oaxakru