PROSES PEMANJANGAN VOKAL DALAM DIALEK HULU SIK KEDAH: SATU PENERAPAN TEORI FONOLOGI GENERATIF MODEL NON-LINEAR (The lengthening vowels in the upstream dialects of Sik, Kedah: an application of the theory of generative phonology non-linear model)

Norfazila Hamid, Rahim Aman
2014 unpublished
ABSTRAK Dalam bahasa Melayu, terdapat dua fenomena fonologi yang melibatkan segmen vokal, iaitu proses pemanjangan dan proses penyisipan vokal. Proses pemanjangan vokal tidak begitu dihiraukan atau kurang diberikan perhatian untuk dibincangkan secara lebih mendalam. Justeru, dalam penulisan ini, data dialek Hulu Sik Kedah (DHSK) akan diajukan bagi melihat fenomena pemanjangan vokal yang berlaku dalam dialek ini. Fenomena pemanjangan vokal ini berlaku akibat daripada proses pengguguran,
more » ... an dan peninggian vokal. Kerangka teori linguistik yang digunakan dalam kajian ini ialah teori fonologi generatif model non-linear atau dikenali juga sebagai teori fonologi autosegmental yang diperkenalkan oleh Goldsmith pada tahun 1976. Hasil analisis yang telah dilakukan menunjukkan DHSK ini ternyata tidak membenarkan kehadiran dua vokal secara berurutan. Sekiranya, terdapat dua vokal hadir secara berurutan, maka kekangan dalam perkataan itu akan berlaku iaitu vokal pertama akan mengalami pengguguran dan vokal yang kedua pula mengalami pembundaran. Kesan daripada proses pembundaran dan peninggian ini, vokal akan mengalami pemanjangan kerana vokal pada segmen melodi menghubungkan garisan pada segmen skeletal atau gatra V yang kosong pada tingkat skeletal. Secara keseluruhannya, ternyata teori fonologi autosegmental model skeletal KV ini mampu menangani ataupun menghuraikan fenomena pemanjangan yang berlaku dalam DHSK secara berpada. ABSTRACT In the Malay language, there are two phenomena that involve phonological vowel segments, namely the process of lengthening and vowel insertion process. Vowel lengthening process is not so ignored or given less attention to be discussed in more depth. Hence, in this paper, data from Hulu Sik Kedah dialect (DHSK) will be submitted to observe the phenomenon of vowel lengthening that occurs in this dialect. This vowel lengthening phenomenon occurs as a result of the abortion process, rounding and vocal enhancement. Linguistic theoretical framework used in this study is the theory of generative phonology non-linear model also known as phonological theory Autosegmental introduced by Goldsmith in 1976. The results of the analysis show DHSK did not allow the presence of two vowels in a row. If two vowels appear in sequence, then the
fatcat:g5i4ry6qrjajdoz66aitw4five