Penerimaan Murid terhadap Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Matematik: Tinjauan Literatur Bersistematik

Tiffany Lau Li Min, Siti Mistima Binti Maat
2022 Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities  
Pembelajaran Berasaskan Permainan (PBP) merupakan suatu kaedah pembelajaran aktif yang mana murid dapat bermain sambil belajar. Penggunaan PBP mampu menarik minat dan memotivasikan murid terhadap pembelajaran matematik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tren penyelidikan berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan kaedah bermain dalam pembelajaran matematik dari tahun 2018 hingga 2022. Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA)
more » ... ah digunakan sebagai kaedah tinjauan dalam kajian ini. Melalui pangkalan data Scopus dan Web of Science, sebanyak 2939 buah artikel telah dikenalpasti sebagai kajian yang berkaitan dengan PBP dalam matematik. Artikel yang dipilih kerana memenuhi kriteria dan kelayakan pada akhir proses pemilihan adalah sebanyak 20 buah. Dapatan kajian menunjukkan tahap penerimaan murid terhadap penggunaan PBP dalam matematik dari aspek minat dan motivasi adalah tinggi. Aspek minat merangkumi domain sikap dan afektif manakala aspek motivasi merangkumi domain penglibatan murid dan keyakinan murid. Hasil dapatan kajian diharapkan dapat menggalakkan penggunaan kaedah bermain dalam pembelajaran agar memberikan nilai tambah kepada murid dalam memahami dan menguasai matematik.
doi:10.47405/mjssh.v7i12.1962 fatcat:rw7zzhxdind5dhroigdkmyg54m