Kajian Model Penukaran Kadar Hujan untuk Integrasi Masa 60 Minit kepada 1 Minit di Malaysia
Malay

Nor Irza Shakhira Bakhtir, Mandeep Singh Jit Singh
2015 Jurnal Kejuruteraan  
ABSTRAK Perkembangan pesat teknologi komunikasi tanpa wayar telah menyebabkan penggunaan jalur frekuensi mencapai tahap tepu terutamanya di negara-negara maju. Ini telah mendorong jurutera sistem telekomunikasi meneroka jalur frekuensi di atas jalur Ku (10 GHz). Namun begitu, titisan hujan amat memberi kesan kepada isyarat yang merambat pada jalur frekuensi di atas 10 GHz. Justeru, ramalan pelemahan hujan ke atas perambatan isyarat elektromagnet menggunakan kadar hujan bersela masa 1 minit
more » ... a masa 1 minit adalah penting. Di kebanyakan negara, data kadar hujan bersela masa 60 minit lebih mudah diperolehi berbanding data hujan yang bersela masa lebih pendek. Oleh sebab itu, kaedah penukaran taburan hujan dengan sela masa 60 minit diperlukan untuk mendapatkan kadar hujan bersela masa 1 minit. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data hujan dari 10 buah stesen pencerap hujan Jabatan Pengairan dan Saliran di seluruh Malaysia untuk tempoh 3 tahun dari 2011 hingga 2013 bagi menentukan model penukaran kadar hujan untuk sela masa 60 minit yang terbaik di Malaysia. Beberapa model penukaran kadar hujan untuk sela masa 60 minit kepada 1 minit dikaji di antaranya adalah model Segal, model Burgueno et al., model Chebil dan Rahman, model Lee et al., model Lavergnat dan Golé dan model Moupfouma dan Martin. Daripada keputusan yang diperolehi, didapati model Chebil dan Rahman memberikan keputusan terbaik untuk diguna pakai di Malaysia dengan memberikan nilai ralat Root Mean Square (RMS) di bawah 20% bagi kesemua lokasi. Hasil kajian yang diperolehi daripada projek ini adalah sangat berguna dalam menentukan pelemahan hujan bagi merekabentuk sebuah sistem perhubungan satelit yang mempunyai kebolehsediaan dan kebolehcapaian yang tinggi. Kata kunci: integrasi masa; taburan kadar hujan; kaedah penukaran ABSTRACT The rapid development of wireless communication technologies has led the frequency band reach its saturated level, particularly in developed countries. This has drawn the attention of telecommunication systems engineer to explore the frequency band above the Ku band (10 GHz). However, raindrops signifi cantly affect the signal propagating in the frequency bands above 10 GHz. Thus, prediction of rain attenuation on the propagation of electromagnetic signals using 1 minute rainfall rate is important. In many countries, 60 minutes rainfall rate distribution are widely available compared to rainfall rate distribution with shorter integration times. Therefore, conversion method is essential to predict 1 minute rainfall rate distribution from 60 minutes rainfall rate distribution. This study was conducted using rainfall data from 10 stations of Malaysia Drainage and Irrigation Department over 3 years period of 2011 to 2013 to determine the best conversion model for 60 minutes rainfall rate in Malaysia. Several conversion models is presented in this study such as Segal, Burgueno et al., Chebil and Rahman, Lee et al., Lavergnat and Golé and Moupfouma and Martin. From the results, Chebil and Rahman's model is found to be the most suitable model to be used in Malaysia with Root Mean Square (RMS) error below 20% for all locations. This project is very useful to determine rain attenuation in designing a high availability and accessibility satellite communication system.
doi:10.17576/jkukm-2015-27-06 fatcat:ks3tquguujcmlf7ad45vhlgb7y