TAHAP PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP LATIHAN KEMAHIRAN DI MALAYSIA (The Level of Public Acceptance of Skills Training in Malaysia)
Khadijah Alavi, Rahim Sail
2015
unpublished
ABSTRAK Latihan kemahiran merupakan teras utama dalam membentuk modal insan berkemahiran tinggi, bertaraf global dan memenuhi kehendak pasaran. Tujuan artikel ini ialah mengukur tahap penerimaan dalam masyarakat terhadap latihan kemahiran di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan kualitatif (temubual mendalam hanya bagi Orang Asli). Seramai 1320 responden yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis menggunakan ujian
more »
... riptif dan korelasi. Hasil kajian mendapati bahawa 65 peratus pelajar dan ibu bapa masih memilih pendidikan akademik berbanding dengan latihan kemahiran dalam persediaan mereka untuk kerjaya pada masa akan datang. Daripada 35 peratus memilih bidang kemahiran meminati, katering dan kulinari (chef) menduduki tempat teratas dengan 21.3%, diikuti bidang mekanikal dengan 18.1%, perhotelan dengan 15.3% dan teknologi ICT dengan 11.9%. Manakala tahap pengetahuan tentang latihan kemahiran juga rendah mengikut etnik iaitu nilai min antara 2.47 hingga 2.57, yang memberi impak kepada tahap penerimaan latihan kemahiran dalam masyarakat juga rendah. Hasil kajian ini memberi implikasi kearah peningkatan modal insan berkemahiran tinggi yang boleh bersaing dalam pasaran global. Kajian ini mencadangkan kempen berterusan menggunakan media massa adalah satu strategi bagi meningkatkan tahap penerimaan masyarakat terhadap pentingnya latihan kemahiran sebagai negara berekonomi maju dan modal insan yang berkemahiran tinggi. Kata kunci: Penerimaan, latihan kemahiran, ibu bapa, guru, pelajar dan modal insan berkemahiran tinggi ABSTRACT Skills training are essential in developing high skilled human capital, with global standards to meet market needs. The purpose of this article is to assess the acceptance level of skills training in Malaysian society. This study was conducted using quantitative and qualitative design (in-depth interviews only with Orang Asli), covering a total of 1320 respondents from Malay, Chinese, Indian and Orang Asli community in Peninsular Malaysia. Data were analyzed using descriptive and correlation tests. The study found that 65 percent of students and parents still prefer academic education compared to skills training in preparation for their future careers. Among those who chose skills training catering and culinary (chef) topped with 21.3%, followed by the mechanical field with 18.1%, with 15.3% of hospitality and ICT technology with 11.9%. The level of knowledge on skills training is also low by ethnicity with mean values between 2:47 to 2:57, which causes a low level of acceptance of skills training in the community. The results of this study have implications towards skilled human capital that can compete in the global market. The study suggest an ongoing campaign using mass media as a strategy for increasing the level
fatcat:h4v7l2jjozeb7pfbieei3e6mkq