Kerjasama Pihak Sekolah Dan Penglibatan Ibu Bapa India Dalam Pendidikan Anak Di Sekolah Kebangsaan

Suresh Kumar N Vellymalay
2016 Asia Pacific Journal of Educators and Education  
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam meningkatkan penglibatan ibu bapa India dalam pendidikan anak. Sebanyak 150 murid India yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan di daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan dipilih menggunakan persampelan rawak berlapis. Sampel ini terdiri daripada 50 murid dari Tahun Tiga, 50 murid dari Tahun Empat dan 50 murid dari Tahun Lima. Soal selidik telah digunakan oleh penyelidik untuk memperoleh data
more » ... mperoleh data kuantitatif daripada ibu bapa murid berkaitan dengan kerjasama pihak sekolah-ibu bapa dan strategistrategi penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dalam kerjasama pihak sekolah-ibu bapa dalam meningkatkan penglibatan ibu bapa India dalam pendidikan anak mereka. Lebih tinggi ibu bapa berasa bahawa kedatangan mereka ke sekolah dihargai oleh pihak sekolah, lebih tinggi pula penglibatan mereka dalam pendidikan anak. Ibu bapa juga menunjukkan penglibatan yang lebih tinggi dalam pendidikan anak apabila pihak sekolah bekerjasama dalam membincangkan hal-hal berkaitan anak mereka. Tambahan lagi, hasil kajian juga menunjukkan bahawa ibu bapa menunjukkan penglibatan yang lebih tinggi dalam pendidikan anak apabila ibu bapa terus dimaklumkan tentang mesyuaratmesyuarat, aktiviti-aktiviti dan program-program yang perlu dihadiri oleh ibu bapa di sekolah. Suresh Kumar N Vellymalay 132 Kata kunci: penglibatan ibu bapa, kerjasama sekolah-ibu bapa, pendidikan anak, Sekolah Kebangsaan Abstract: This study was designed to identify the relationship between school-parents partnership in enhancing Indian parents' involvement in their child's education. A 150 Indian students who were studying in National Schools in the district of Kerian, Perak Darul Ridzuan were randomly chosen based on stratified random sampling. The sample comprised 50 students from Year Three, 50 students from Year Four and 50 students from Year Five. Questionnaires were used by the researcher to obtain quantitative data from the parents related to the school-parents partnership and the parents' involvement strategies implemented for their child's education. Findings of this study indicated a significant relationship in school-parents partnership in enhancing Indian parents' involvement in their child's education. The more the parents feel welcomed at school, the higher their involvement in their child's education. The parents were also showed higher involvement when the school is cooperative in discussing matters pertaining to their child. In addition, findings also indicated that parents were more involved in their child's education when the parents were kept informed about the meetings, activities and events that have to be attended by parents at school.
doi:10.21315/apjee2016.31.8 fatcat:qtmlkpjc4vc2rn7eeve7uxp2ye