Akses Pengajian Hadis bagi Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan di Malaysia
Norhafizah Ahmad, Latifah Abdul Majid
2022
Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs
Hadith is essential in the Muslim community, even for the visually impaired people. However, the history of hadith study for the visually impaired in Malaysia has not been addressed in detail because the research connected to hadith study in general involve the normal group. Due to their lack of visual senses, the visually impaired people have a different access to learning hadith than the typical group. Even now, it is difficult to find hadith-related reading material for the visually impaired
more »
... people. As a result, the visually impaired people are among those who abandon in the study of hadith. Therefore, the objective of this study was to determine the access utilised by the visually impaired people to learn hadith. A qualitative design is used in this research. Data was collected using document analysis and interviews, which were then analyzed using a descriptive analysis approach. The results indicate that hadith studies for the visually impaired in Malaysia is not taken seriously and is limited to a small group of visually impaired people acting on their own initiative. The research also discovered that the visually impaired people use social, electronic, print, and audio media to learn hadith. This study has recommendations for relevant organisations to pay close attention to hadith study in the daily lives of the visually impaired people. AbstrakHadis merupakan suatu keperluan dalam masyarakat Islam termasuklah kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan. Namun, sejarah pengajian hadis bagi OKU penglihatan di Malaysia masih belum diteroka secara terperinci kerana kajian berkaitan pengajian hadis setakat ini secara keseluruhannya melibatkan golongan normal. Didapati bahawa akses yang digunakan oleh OKU penglihatan bagi mempelajari hadis juga berbeza dengan golongan normal kerana kekurangan pada deria penglihatan mereka. Bahkan sehingga kini, amat sukar untuk mendapatkan bahan bacaan berkaitan hadis bagi OKU penglihatan. Justeru, OKU penglihatan merupakan antara golongan yang tercicir dalam pengajian hadis. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti akses yang digunakan oleh OKU penglihatan bagi mempelajari hadis. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temu bual, kemudian dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajian hadis bagi OKU penglihatan di Malaysia tidak dilaksanakan secara serius dan terhad kepada sebilangan kecil OKU penglihatan atas inisiatif individu. Kajian juga mendapati antara akses yang digunakan oleh OKU penglihatan untuk mempelajari hadis adalah melalui media sosial, elektronik, cetak dan audio. Kajian ini mempunyai implikasi kepada agensi-agensi berkaitan supaya memberi sepenuh perhatian kepada pengajian hadis dalam kehidupan seharian OKU penglihatan.
doi:10.33102/jqss.vol6no1.137
fatcat:kyiilhygqbbr3e4pl3mwybwuri