Kepimpinan transformasi dalam kalangan kepimpinan JKKK Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan
Leadership transformation among the leadership of Kampung Pachitan JKKK, Port Dickson, Negeri Sembilan

Aizul Fidy Kamarudin, Suhana Saad
2017 Malaysian Journal of Society and Space  
Abstrak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berfungsi sebagai pengantara komunikasi antara kerajaan dan rakyat serta menggerakkan pembangunan komuniti luar bandar. Namun terdapat kelemahan dalam aspek kepimpinan JKKK yang memerlukan evolusi dalam konteks kepimpinannya. Kajian ini akan mengenalpasti tahap amalan kepimpinan transformasi JKKK di Kampung Pachitan, Port Dickson, Negeri Sembilan. Teori kepimpinan transformasi berteraskan kepada empat dimensi dalam model Bass iaitu
more » ... model Bass iaitu pengaruh ideal, inspirasi motivasi, rangsangan intelek dan pertimbangan individu. Kajian kualitatif dilakukan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data primer melalui proses temu bual bersama informan yang telah dikenalpasti dan pemerhatian terhadap program homestay yang telah dilaksanakan. Kaedah data sekunder juga digunakan melalui rujukan kepada dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas dan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan JKKK Kampung Pachitan telah mengamalkan semua dimensi kepimpinan transformasi berdasarkan model Bass. Dimensi lain selain model Bass juga diamalkan iaitu penglibatan dalam proses membuat keputusan. Dimensi pengaruh ideal adalah yang paling dominan. Elemen kepercayaan kepada kredibiliti kepimpinan JKKK memainkan faktor utama dalam dimensi pengaruh ideal. Dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada pembangunan model kepimpinan transformasi JKKK untuk pembangunan luar bandar.
doi:10.17576/geo-2017-1303-04 fatcat:urdt2urcs5ecnfmkoups3xrvyi