Rebeldías camufladas: Análisis de tres novelas femeninas de los años cuarenta en España

Char Prieto, Jenny Fraai
2005 Hispania  
ABSTRAK Proses asimilasi nasal wujud dalam pembelajaran ilmu tajwid terutamanya yang melibatkan hukum nun sakinah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk membincangkan proses asimilasi nasal yang wujud dalam hukum tajwid yang dipilih, iaitu Idgham Bila al-Ghunnah. Data kajian diperoleh daripada perisian aplikasi al-Qur'an al-Karim, iaitu "Software Qhutbah". Data seterusnya dianalisis dengan menggunakan kerangka teori Optimaliti (TO) yang diperkenalkan oleh Mc Carthy, Prince dan
more » ... Prince dan Smolensky. Proses asimilasi nasal dalam hukum tajwid wujud apabila adanya bunyi nasal, iaitu nun sakinah dan juga tanwin dalam perkataan. Proses asimilasi nasal merupakan suatu proses penggabungan bunyi nasal ke dalam suatu bunyi konsonan yang hadir selepasnya. Proses fonologi ini turut mempengaruhi cara sebutan sesuatu kata. Hasil analisis mendapati kewujudan nun sakinah bagi hukum Idgham Bila al-Ghunnah dilenyapkan dalam bacaan apabila diikuti dengan bunyi [lam] ‫ل‬ dan [ra] ‫ر‬ . Hal ini kerana, bunyi-bunyi ini mempunyai daerah artikulasi yang berhampiran dengan nun sakinah yang berada di pangkal hidung. Kedudukan yang berhampiran ini menyebabkan bunyi nun sakinah dimasukkan ke dalam bunyi [lam] ‫ل‬ dan [ra] ‫ر‬ seterusnya dibaca tanpa sebarang bunyi sengauan. Fenomena ini berbeza bagi hukum tajwid yang lain seperti Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunnah dan Ikhfa' Hakiki. Hasil kajian ini dapat membantu pembaca mengenal pasti perbezaan cara bacaan yang wujud dalam setiap hukum tajwid yang ada. Justeru itu, ketepatan dalam bacaan al-Qur'an al-Karim juga dapat dipertingkatkan. ABSTRACT Nasal assimilation exists in learning tajweed particularly that involves the rule of nuun sakinah. Thus, this study discusses the process of nasal assimilation which existed in the selected rule of tajweed namely Idgham Bila al-Ghunnah. The data were obtained from al-Qur'an al-Karim application software "Software Qhutbah". The data were then analysed by using Optimality Theory (OT) which was proposed by McCarthy, Prince and Smolensky. Nasal assimilation process occurs in the rules of tajweed when there is a nasal sound that is nuun sakinah and tanween in the words. Nasal assimilation process is a process of merging the nasal sound into the following consonant sound. This phonological process would also affect the pronunciation of the words. The results show that the existence of nun sakinah in Idgham Bila al-Ghunnah is blocked in reading when followed by [lam]‫ل‬ and [ra] ‫ر‬ . This is because of the places of articulation of these two sounds are adjacent to the nun sakinah which is at the front nasal area. This adjacent place of articulation causes the nun sakinah sound followed by [lam]‫ل‬ and [ra]‫ر‬ to be absorbed and need to be read without any nasalised sounds. This phenomenon is slightly different from other rules of tajweed such as Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunnah and Ikhfa' Hakiki. This study will help reciters to identify the differences in reading for all tajweed rules. Thus, Qur'an reciting can be improved.
doi:10.2307/20063087 fatcat:krwtmnl6czavjg7u4dgkuk7vbm