Pengukuran Profil Halaju Masa Nyata bagi Tomografi Optik

Ruzairi Abdul Rahim, Mohamed Aznanshah Khalid, Kok San Chan
2002 Jurnal Teknologi  
Abstrak. Objektif artikel ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian menggunakan Visual Basic bagi tomografi optik, dimana perisian ini berupaya untuk mengesan dan mengukur pepejal kering yang melalui paip. Diameter luaran dan dalaman paip masing-masing adalah 60 mm dan 58 mm. Terdapat dua aras pengesan digunakan untuk mengukur halaju (pengesan aras atas dan pengesan aras bawah). Sistem pengukuran mempunyai sebanyak 32 pemancar (Tx 1 hingga Tx 32 ) dan 32 penerima (R 1 hingga R 32 ),yang
more » ... gga R 32 ),yang dilekatkan pada ukurlilit paip tegak. Bagi pengesan aras bawah yang dilekatkan secara kekal mengandungi 16 pemancar (Tx 17 hingga Tx 32 ) dan 16 penerima (R 17 hingga R 32 ) dan pengesan aras atas yang boleh dilaraskan mengandungi 16 pemancar (Tx 1 hingga Tx 16 ) dan 16 penerima (R 1 hingga R 16 ). Halaju boleh dikira dengan mengambil jarak diantara pengesan aras atas dengan pengesan aras bawah dan dibahagi dengan masa lengah yang diperolehi daripada kedudukan puncak sekaitan silang yang dilakukan antara dua isyarat). Keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan teori dan ia menunjukkan perisian dan perkakasan yang dibina berupaya membuat pengukuran halaju dengan tepat.
doi:10.11113/jt.v37.536 fatcat:x36q4cd3enf5zix3ly5upubfre