PIMPIN SEBAGAI KAEDAH MELESTARIKAN MODAL INSAN KAKITANGAN UNIVERSITI

Main Rindam, Wan Fazah, Wan Ahmad, Mohamad Othman, Azmi Hassan, Pusat Pendidikan, Jarak Jauh, Guru Kampus, Pulau Pinang, Malaysia, Pusat Pengajian, Ilmu Pendidikan (+5 others)
unpublished
ABSTRAK Pelbagai masalah yang ditimulkan oleh kakitangan awam didakwa telah menjejaskan nama baik institusi perkhidmatan awam di mata masyarakat. Fenomena ini dikatakan berlaku akibat kelemahan pihak majikan menyediakan profil pekerja sebelum mengambil mereka berkerja. Mengenal kompetensi kakitangan berdasarkan profil psikologi berasaskan norma masyarakat Malaysia yang dulunya sukar dijalankan sekarang boleh dilakukan dengan lebih pantas terutamanya untuk meningkatkan kualiti mereka menerusi
more » ... mereka menerusi latihan, saringan dan temuduga menggunakan nilai skor 2API4K+J. Maklumat yang ada dapat membantu pihak pentadbir melakukan perancangan strategi bagi mencapai sasaran KPI dan KIP pusat tanggungjawab masing-masing. Sehubungan dengan itu program PIMPIN 2 dijalankan bagi membantu universiti memperkasa kakitangan mengikut nilai skor yang diperolehi dari analisis e-psybermatrik TAJMA yang diambil sebelum menyertai program PIMPIN 2. Sebanyak 10 siri PIMPIN 2 telah dijalankan oleh Unit Latihan, USM dengan melibatkan 544 orang peserta pelbagai kateori antaranya Gred 1 hingga 41 dan kakitangan akademik universiti. Kajian ini mendapati setiap individu secara semula jadi mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing dan program PIMPIN 2 berjaya meningkatkan nilai kualiti setiap peserta yang menyertainya sekurang-kurangnya pada tahap 30 peratus lebih baik berbanding sebelumnya.
fatcat:zheasp4r7fhqnp5f7te7qkthli