Ekonomi penternakan rumpai laut di Sabah (Seaweed cultivation economy in Sabah)

Rashilah Mohamad, Nur Fazliana, Md Noh, Rashilah Mohamad, Dan Fazliana, Md Noh
2014 Economic and Technology Management Review   unpublished
Kata kunci: penternakan rumpai laut berskala kecil, Semporna, Kunak, Tawau, daya maju penternakan Abstrak Sabah merupakan pengeluar utama rumpai laut di Malaysia dengan keluasan kawasan penternakan 12,895 hektar. Kajian telah dijalankan untuk menentukan modal pelaburan awalan yang telah dilaburkan bagi penternakan rumpai laut secara kecil-kecilan dan juga untuk menentukan daya maju projek penternakan. Sejumlah 292 penternak rumpai laut telah disoal selidik di tiga daerah penternakan utama di
more » ... ernakan utama di negeri Sabah, iaitu Semporna, Kunak dan Tawau. Kajian menunjukkan semua responden mengamalkan kaedah penanaman rawai seperti yang disarankan oleh Jabatan Perikanan Sabah. Sebanyak 40% responden mengamalkan tempoh pusingan penternakan 40 hari. Purata produktiviti tahunan tertinggi bagi rawai sepanjang 1,000 meter direkodkan di Tawau. Kebanyakan responden (74%) menternak 9-12 kali setahun, dengan purata kos pengeluaran RM0.42 sehingga RM0.64 sekilogram kering. Penternakan secara kecil-kecilan ini memberikan pulangan yang lumayan dengan purata margin keuntungan RM1.40 hingga RM1.60 sekilogram, manakala purata kadar pulangan dalaman ternakan 42-78% (berdasarkan harga jualan RM4.00/kg). Ini jelas menunjukkan penternakan rumpai laut secara kecil-kecilan ini memberikan pulangan ekonomi yang baik. Pendahuluan Rumpai laut telah diperdagangkan di pasaran dunia semenjak selepas perang dunia kedua lagi. Ia merupakan tumbuhan laut yang pada asalnya tumbuh liar. Rumpai laut mula diternak bermula dari tiga dekad kebelakangan ini. Terdapat pelbagai jenis rumpai laut di seluruh dunia yang digunakan sebagai bahan makanan dalam perusahaan makananan, pengilangan baja atau pembuatan barangan perapi diri serta farmaseutikal. Di Asia Tenggara ini, Filipina dan Indonesia telah menerajui penternakan rumpai laut semenjak lebih dua dekad yang lalu. Jenis rumpai laut yang diternak ialah spesies Kappaphycus dan Eucheuma. Kedua-dua spesies ini merupakan sumber hidrokoloid utama yang dikomersialkan di pasaran dunia. Jenis hidrokoloid yang utama ialah agar, alginat dan karagenan. Karagenan ialah agen penggelan yang diekstrak daripada rumpai laut merah yang digunakan sebagai agen pembaur, pengikat atau sebagai penstabil (Valderrama 2012). Pengeluaran hidrokoloid bermula di Ireland, Kanada, negara Selatan Eropah dan Amerika Selatan. Pada masa itu spesies yang digunakan ialah spesies liar seperti Irish Moss (Chondrus crispus). Apabila permintaan melebihi penawaran pada tahun 1960-an, didapati rumpai laut dari selatan Filipina
fatcat:fb7rnq47mzbupmv2wnjyt6g4na