Pemerolehan Klausa Relatif Dalam Kalangan Kanak-kanak Melayu: Satu Kajian Awal
Malay

Norsofiah Abu Bakar, Rogayah A. Razak, Lim Hui Woan
2016 GEMA Online® Journal of Language Studies  
ABSTRAK Kajian awal ini mengkaji perkembangan pemerolehan struktur sintaksis iaitu struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu di Lembah Klang. Objektif kajian adalah untuk menentukan kebolehan penggunaan struktur klausa relatif dalam kalangan kanak-kanak Melayu merentasi dua kelompok umur yang berbeza. Objektif kedua, adalah untuk menentukan sama ada pemerolehan struktur klausa relatif bersifat developmental/ perkembangan berdasarkan peningkatan umur. Di samping itu, kajian ini
more » ... ga akan menganalisis kesalahan yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut berdasarkan kategori tertentu untuk menunjukkan aspek perkembangan dalam pemerolehan struktur klausa relatif. Enam kanak-kanak dipilih sebagai subjek kajian dan dibahagikan kepada dua kumpulan: kumpulan tadika dan kumpulan sekolah rendah tahap satu. Data dikutip melalui dua cara utama -(i) aktiviti padanan ayat-gambar untuk menguji kebolehan pemahaman struktur klausa relatif (ii) aktiviti Pilihan Gambar dan Huraian Gambar untuk menguji kebolehan penghasilan klausa relatif. Kedua-dua jenis ujian ini merangkumi dua struktur klausa relatif iaitu struktur klausa relatif subjek (KRS) dan klausa relatif objek (KRO). Dapatan kajian memperlihatkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan subjek tadika dan kumpulan subjek sekolah rendah bagi kebolehan kefahaman klausa relatif tetapi wujud perbezaan yang signifikan antara kumpulan bagi kebolehan penghasilan klausa relatif. Kebolehan kumpulan subjek tadika dalam menghasilkan struktur KRO adalah agak terhad. Sementelah, struktur KRO juga belum sepenuhnya dikuasai oleh kumpulan subjek sekolah rendah. Ini bermaksud bahawa struktur KRO didapati agak lewat diperoleh dan perkembangannya masih berterusan sehingga kanak-kanak berusia melampaui umur 9 tahun. Walau bagaimanapun, skor min subjek didapati meningkat sejajar dengan peningkatan umur. Dapatan analisis kualititatif menunjukkan subjek menggunakan strategi pemudahan ayat dan strategi penggantian. Didapati kumpulan subjek menggunakan dua variasi bahasa Melayu: subjek tadika cenderung menggunakan variasi bahasa Melayu kolokial berbanding kumpulan subjek sekolah rendah yang cenderung menggunakan variasi bahasa Melayu standard dan dikotomi ini dengan ketara mempengaruhi prestasi mereka di dalam aktiviti yang dijalankan. Kata kunci: kebolehan sintaksis; klausa relatif; bahasa Melayu; pemerolehan bahasa; kanakkanak Melayu GEMA ABSTRACT This initial study examines the development of the acquisition of relative clauses among Malay children in the Klang Valley. The objectives of the study were to determine the abilities of Malay children in using relative clause structures in Malay across two different age groups and to determine whether the acquisition of relative clauses is developmental in nature i.e. developing across the age range. In addition, this study will also analyze the error patterns produced by the subjects based on specific error categories in order to show the developmental nature of the acquisition of Malay relative clauses. Six subjects were recruited and divided into two groups: the preschool children and the primary school children aged seven. Data was collected using two main methods: (i) sentence-picture matching -to test the comprehension of relative clause structures and (ii) picture selection and picture descriptionto test the production abilities of relative clauses. Both activities test the abilities of subjects to comprehend and produce subject relative clauses (SRC) and object relative clauses (ORC). The findings showed that there was no significant difference between the preschool children and the primary school children in terms of the comprehension abilities of relative clauses,but there was a significant difference in terms of the production of relative clauses. The preschool children have limited abilities in the ORC when compared to the primary school subjects. Incidentally, the ORC structures have yet to be acquired by the primary school children. The ORC structures are acquired quite late and the development of relative clauses is still continuing among the primary school children. However, it was found that the mean score obtained increased with the increase in age. The qualitative analysis showed that subjects used strategies such as the simplification and substitution strategy. The subjects also use different language varieties: the preschool subjects tended to use colloquial Malay variety, while the primary school children used the standard Malay, and this dichotomy greatly affected their performance in the activities. PENDAHULUAN Di Malaysia, maklumat tentang kecelaruan bahasa seperti kecelaruan spesifik bahasa atau specific language impairment (selepas ini hanya 'SLI') dan proses untuk mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko kepada SLI adalah agak terhad. Kanak-kanak SLI dapat didefinisikan sebagai kanak-kanak yang kebolehan berbahasanya tidak sepadan dengan tahap umurnya (sekurang-kurang lengah setahun berbanding rakan sebaya). Kecelaruan bahasa ini bukan disebabkan oleh masalah pendengaran, kecerdasan IQ, masalah emosi, masalah artikulasi dan status neurologi (Stark & Tallal, 1981) . Lazimnya, kebolehan bahasa kanakkanak dengan SLI didiagnos oleh terapis pertuturan-bahasa melalui penilaian yang menggunakan ujian piawai seperti ujian penilaian pendengaran, ujian IQ bukan-verbal, ujian bahasa piawai, pemeriksaan oro-motor dan ujian neurologi Leonard (1998) . SLI bukan sahaja melibatkan kanak-kanak monolingual (Woon et al., 2014) tetapi juga kanak-kanak multilingual (Ooi & Wong, 2012) . Kanak-kanak yang berisiko terhadap SLI tidak dapat dikenal pasti lebih awal atau tidak dikenal pasti langsung disebabkan oleh ketiadaan alat atau
doi:10.17576/gema-2016-1603-10 fatcat:7t37aegpebbhxld5cy5x5p6ixi