CHEMICAL CHANGES IN SHORTFIN SCAD (Decapterus macrosoma) AT CHILLED (4 °C) AND FROZEN (-18 °C) STORAGE

Fazilah Fazilin Juhari, Norizzah Abd Rashid, Cheow Chong Seng, Anida Yusoff, Emilia Azrina Mohd Bakri
2016 Malaysian Journal of Analytical Science  
The aim of this study was to determine the chemical changes in muscle tissue of shortfin scad during storage at chilled (4 °C) and frozen (-18 °C) conditions for 18 days. The chemical changes were monitored every three days for Thiobarbituric acid (TBA), Peroxide value (PV), Total Volatile Base Nitrogen (TVBN) and Trimethylamine (TMA) content. Results show that there was a significant difference (p<0.05) in peroxide and TBA values between chilled and frozen shortfin scad starting from day 3.
more » ... highest PV values occured in chilled and frozen shortfin scad at day 12 (1.57 mEq/kg and 1.13 mEq/kg, respectively), and then decreased due to decomposition of hydroperoxides to secondary products such as aldehydes, alcohols and ketones. In contrast, TBA reached the highest values at day 15 for both chilled and frozen shortfin scad. For TVBN content, only the chilled sample shows significant increased (p<0.05) with storage time. The TVBN values declined significantly (p<0.05) for frozen shortfin scad. The TMA values for both chilled and frozen shortfin scad increased during storage. However, the TMA values increased at a faster rate in chilled compared to frozen shortfin scad. Based on the PV, TBA, TVBN and TMA values, chilled shortfin scad undergoes spoilage at a faster rate compared to the frozen shortfin scad. Abstrak Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan perubahan kimia dalam tisu otot ikan selayang semasa penyimpanan pada suhu dingin (4 °C) dan sejuk beku (-18 °C) selama 18 hari. Perubahan kimia dipantau setiap tiga hari melalui ujian Asid Tiobarbiturik (TBA), Nilai Peroksida (PV), Jumlah Bes Nitrogen Meruap (TVBN) dan Trimetilamina (TMA). Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan ketara (p<0.05) nilai peroksida dan nilai TBA antara ikan selayang yang disimpan pada suhu dingin dan sejuk beku bermula dari hari ketiga. Nilai PV tertinggi bagi ikan selayang berlaku pada hari ke 12 (masing-masing 1.57 mEq/kg dan 1.13 mEq/kg) bagi penyimpanan suhu dingin dan sejuk beku, dan kemudian menurun disebabkan penguraian hidroperoksida kepada produk sekunder seperti aldehid, alkohol dan keton. Sebaliknya, TBA mencapai nilai tertinggi pada hari ke 15 untuk ikan selayang yang disimpan pada kedua-dua suhu. Bagi nilai TVBN, hanya sampel dingin menunjukkan peningkatan ketara (p <0.05) bagi masa penyimpanan. Nilai TVBN menurun dengan ketara (p<0.05) bagi ikan selayang yang disejukbekukan. Nilai TMA untuk ikan selayang yang didingin dan disejukbeku meningkat semasa penyimpanan. Walau bagaimanapun, nilai TMA ikan selayang meningkat pada kadar yang lebih cepat dalam suhu dingin berbanding suhu sejuk beku. Berdasarkan nilai PV, TBA, TVBN dan TMA, ikan selayang yang disimpan pada suhu dingin mengalami kerosakan pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan ikan selayang yang disimpan pada suhu sejuk beku. Kata kunci: ikan selayang, asid tiobarbiturik, nilai peroksida, jumlah bes nitrogen meruap dan trimetilamina ISSN 1394 -2506 Fazilah Fazilin et al: CHEMICAL CHANGES IN SHORTFIN SCAD (Decapterus macrosoma) AT CHILLED (4 °C) AND FROZEN (-18 °C) STORAGE d c b a
doi:10.17576/mjas-2016-2003-20 fatcat:dt3jhm2fxrbnbmbhjkfyuqv4ge