Najis (Tinja) Manusia daripada Perspektif Sains dan Islam serta Amalan Pemakanan Sunnah

Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nur Asmadayana Hasim, Rizafizah Othaman, Rozida Khalid, Muhammad Adib Samsudin, Mohammad Zaini Yahaya, Zahara Abdul Manaf, Latifah Amin, Diani Mardiana Mat Zin
2018 Sains Malaysiana  
ABSTRAK Islam merupakan satu agama yang menitikberatkan kesihatan manusia termasuklah sistem pencernaan manusia. Najis (tinja) manusia yang dibincangkan dalam kajian ini merupakan hasil buangan manusia yang menjadi salah satu kaedah untuk melihat sudut kesihatan manusia. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji fizikokimia dan ciri-ciri najis serta kegunaannya daripada perspektif sains dan sudut pandangan Islam terutamanya mengenai diet yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Kajian ini
more » ... W. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ulasan literatur secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa sistem pencernaan merupakan satu sistem yang rumit. Tinja terdiri daripada 75% air dan 25% bahan pepejal serta ciri-ciri tinja seperti bentuk, warna dan bau memberi kesan kepada kesihatan manusia. Daripada sudut Islam warna, bau dan rasa tinja merupakan perkara asas yang dititikberatkan semasa proses pembersihan najis terutamanya bagi memulakan sesuatu ibadah. Selain itu, diet, senaman, umur dan jantina merupakan faktor-faktor yang membezakan jenis tinja bagi setiap individu. Malah, kajian ini juga merungkai beberapa alternatif yang kini diguna pakai bagi mengurus najis-najis manusia dalam menjamin kesihatan dan pemeliharaan alam sekitar. Kajian ini kemudiannya mengupas diet makanan-makanan sunnah yang terdapat di dalam Al-Quran dan hadis yang terbukti kaya dengan serat dan sihat untuk manusia terutamanya bagi sistem pencernaan manusia. Oleh itu, najis (tinja) manusia daripada sudut sains mampu menggambarkan kesihatan seseorang dan amalan diet makanan-makanan sunnah sangat baik dalam memelihara sistem pencernaan manusia. Kata kunci: Al-Quran dan hadis; kegunaan najis; kesihatan manusia; makanan sunnah; najis (tinja) manusia ABSTRACT Islam is a religion that emphasizes human health including the human digestive system. The human stool (stool) discussed in this study is a human waste which is one of the way to look at human health. The objectives of this research were to study the physiochemical and characteristics of stool and its usefulness from the perspective of science while the diet used by Rasulullah SAW is been described from the Islam perspective. The research was conducted using descriptive literature review. It was found that the digestive system is a complicated system. The stools is made up of 75% of water and 25% of solid materials and the characteristics of stools such as form, color and odor can affect human health. From the Islam perspectives, color, odor and taste are the fundamental factors need to be emphasized during the process of stool's cleansing especially before religious rituals begin. In addition, diet, exercise, age and gender are the factors that differentiate the type of human stool. In fact, this study also stated some of the alternatives that are currently used to manage stools in maintaining health and environmental protection. This study then examined the diet of sunnah's foods called in the Qur'an and the hadith which is proven to be rich in fiber and nutritious especially for the human digestive system. Therefore, the stools from the perspective of science are capable in describing human health and the diet of sunnah's food is very good for the human digestive system.
doi:10.17576/jsm-2018-4706-18 fatcat:zam3oyudhrb2dflhs7fka5hlaa